Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Tuesday, October 20, 2009

Lawatan ke rumah Kanak-kanak terencat akal




Selamat pagi semua, masih ada entry yang belum kami masuk semasa lawatan pada hari Ahad 18 Oktober sempena cuti Deepavali.Seawal jam 8 pagi kami di Pusat Khidmat megikut YB Fuziah melawat Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan.Rumah ini terletak bersebelahan dengan kuarters polis Alor Akar.Seingat kami rumah ini wujud semenjak berpuluh tahun dahulu dan semenjak 1997 rumah penjagaan ini diwujudkan.

Kami tabik kepada pekerja Pusat ini yang sanggup dan bersabar menjaga karenah anak-anak ini sedangkan ibu -bapa mereka sendiri tidak sanggup menjaga anak-anak istimewa ini.Ada yang sudah berbelas tahun bekerja disini.Penghuni disini terdiri dari semuda 13 tahun sehingga 54 tahun.

Sukar kami gambarkan bagaimana menjaga orang dewasa yang berfikiran seperti anak-anak,tetapi mereka tidak minta dilahirkan begini dan mereka pada kami seluhur bayi yang tiada dosa.Kami difahamkan oleh pengurus pusat ini En James Perumal bahawa terdapat 30 orang penghuni.Pusat ini mendapatkan sumber kewangan dari sumbangan orang ramai.Ada juga ibu bapa yang memberikan sumbangan tetapi tidak tetap.Mereka amat memerlukan sumbangan dari segi lampin pakai buang untuk dewasa lebih-lebih lagi musim hujan makin tiba.

Didalam hati kecil kami ini kami amat simpati dan sedih kerana didalam sessi lawatan kami kerumah-rumah kebajikan kebanyakannya adalah dijalankan oleh missionary dan bukan Islam.

Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan penyumbang bolehlah berjumpa terus dengan En James Perumal 016-9324146.Masih banyak lagi kita sebagai warga yang perihatin boleh membantu mereka.

No comments:

Post a Comment