Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Monday, October 19, 2009

Jejak Fakir 2009







Alhamdullilah program kali ini lebih berjaya dari Jejak Fakir 2008 kerana kita dapat cover lebih banyak kampung lebih banyak penerima kerana kita mendapat lebih banyak sumbangan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.Jika dulu dari segi monetery kita menerima sumbangan lebih kurang RM10000 tahun ini dengan perancangan yang lebih tersusun kita menerima sumbangan lebih dari RM20000 termasuk sumbangan beras dari rakan-rakan cina sebanyak 200 bag beras 10kg tiap satu bag.Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada penyumbang-penyumbang.Sebenarnya projek sumbangan ini sudah berjalan sejak 10 tahun yang lalu cuma tidak dijenamakan sebagai Jejak Fakir.

Disini kami serta jumlah penerima sumbangan mengikut kategori :

Anak yatim : 189 orang sumbangan duit raya sahaja
Ibu tunggal : 60 penerima sumbangan hamper dan duit raya
Keluarga susah : 54 orang penerima hamper dan duit raya
Warga Emas : 56 orang penerima duit raya dan hamper

Disamping ini kami juga berjaya mengedarkan sebanyak 511 bag beras 10 kg kepada penerima yang layak semasa program berlangsung dari 6 Sept sehingga 13 Sept.Kami memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan kg dan juga bandar muslim dan non muslim.Terima kasih kepada YB Fuziah, NGO,Ahli PKR,PAS penyokong dan juga Pusat Khidmat.

Ada banyak lagi gambar-gambar penerima sumbangan nanti kami uploadkan insyaallah.


No comments:

Post a Comment