Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Saturday, December 26, 2009

Pelancaran Suratkhabar Suara Keadilan versi mandarin



satu rasa satu bangsa

Pada pagi Sabtu 26 hb Disember 2009 tepat jam 9.30 suratkhabar Suara Keadilan versi Cina dilancarkan oleh YB Azan Ismail MP Indera Mahkota di Taman Angkasa Air Putih.Bersama-sama pelancaran suratkhabar ini Ranting Air Putih pun turut dilancarkan.Seperti yang diketahui Suratkhabar adalah satu wadah atau medium yang berkesan untuk meyebarkan idea-idea dan juga berita mengenai isu-isu semasa dan setempat berbeza dengan media berbahasa cina yang memainkan peranan penting dan lebih liberal didalam melaporkan berita berbanding suratkhabar berbahasa Malaysia yang lebih banyak diputar- belitkan dan berat sebelah maka Suara Keadilan versi Cina dilancarkan agar kaum Cina mendapatkan berita - berita terkini mengenai isu-isu politik yang tidak dilaporkan didalam suratkhabar arus perdana.Sambutan amat mengalakkan dr kaum cina semas pelancaran ini dan SK versi cina hanya mengambil masa 10 minit untuk habis diedarkan.Thniah kami ucapkan.

Thursday, December 24, 2009

Isu balak dan alam sekitar

Isu pembalakan memang sinonim dengan Pahang.Pembalakan secara haram,pembalakan tiada kawalan,pembalakan berlebihan dsbnya.Isu disini ialah jika tiada kawalan maka generasi yang akan datang akan mewarisi persekitaran yang tercemar seperti masalah banjir kilat,tanah runtuh, jerubu adalah sinonim dengan pembalakan.Apakah generasi sekarang mahu mewarisikan satu dunia yang tidak boleh didiami lagi?Ini bukan isu politik ini adalah isu sebenar yang harus ditangani oleh orang-orang yang ada kuasa jangan jadi "Orang-orang" sahaja melihat tetapi tiada tindakan yang diambil.Anggaplah perompak-perompak dan penguasa-penguasa yang rakus ini sebagai musuh yang harus ditentang habis-habisan.Bukan pembangunan itu ditentang tetapi harus ditimbang-timbang untung dan ruginya dibelakang hari.Jadilah seperti negara maju yang lain seprti Eropah,Jepun dsbnya tetapi mereka mempunyai tahap kesedaran mengenai berharganya alam sekitar yang tinggi.Maka dengan sebab itulah kami mengutarakan isu-isu alam sekitar seperti pembalakan dan juga isu kilang Lynas di Gebeng yang memproses "rare earth" yang akan mengeluarkan sisa radioaktif kepada wakil kita di Parlimen agar kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal aktiviti seperti ini.Kami melihat isu alam sekitar tidak diberi perhatian yang berat oleh kerajaan walau pun ada undang-undang dan akta untuk melindungi alam sekitar tetapi masih belum mencukupi.Seperti di Pahang ini Isu Balak sudah berlarutan semenjak dahulu lagi tetapi dipandang sepi oleh kerajaan BN yang ada kini.








Wednesday, December 23, 2009

Masalah Pengangkutan @ Perkhidmatan Bas Bandar di Bandar Kuantan.




Masalah pengangkutan atau tiada perkhidmatan bas bandar ini adalah masalah yang paling banyak kami terima.Rungutan demi rungutan dari warga Kuantan yang tersepit mengenai tiada perkhidmatan bas bandar ini kami terima saban hari.Ramai orang luar yang terkejut mengenai isu ini kerana bagaimana sebuah bandar moden tiada perkhidmatan bas untuk warganya bergerak didalam bandar hanya ada perkhidmatan kereta sewa yang rata-rata lebih mahal dan tidak semua berkemampuan.Isu ini telah kami bawa kepada perhatian YB Fuziah selaku Ahli Parlimen Kuantan untuk dibangkitkan ke Parlimen untuk di beri perhatian oleh kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri sendiri.Kepada pembaca gunakanlah akal fikiran masing-masing bagaimana kerajaan yang sedia ada sekarang bertindak untuk mengatasi masalah ini.Adakah kerana warga Kuantan sepakat memilih didalam PRU 12 untuk melantik wakil dari pembangkang maka isu ini tidak diambil berat jika ini benar bermakna kerajaan yang sedia ada berlaku tidak adil dan juga turut menghukum pengundi-pengundi yang mengundi BN.Penulis berpendapat banyak penyelesaiaan yang cuba dibuat oleh kerajaan yang ada tidak tepat seperti didalam isu pengangkutan awam ini bagaimana kerajaan memberi peruntukan untuk membina stesyen bas yang baru tetapi basnya tiada atau tidak cekap.Sama seperti membeli perkakasan komputer yang canggih tetapi perisiannya adalah yang lama dan tidak "complience".

Tuesday, December 22, 2009

Semalam penulis ke IPD Kuantan untuk menolong seorang kawan untuk membuat satu laporan Polis yang mengatakan bahawa beliau diugut melalui seseorang melalui telefon.Berbagai cerita yang saya dapat semasa berada di IPD Kuantan dari jam 2200hrs hingga 0030 dari kes komputer selalu hang di kaunter polis sehingga kes pelajar ditangkap basah bersama-sama kekasih di dalam kereta.

Kisah 1 dari kalangan angota-angota yang bertugas pada malam itu ialah bertapa banyaknya kes yang dilaporkan sehingga 100 kes sehari apa yang berlegar didalam fikiran penulis ialah begitu banyak kes yang dilaporkan masih selamatkah Malaysia ini.

Kisah 2 mengenai seorang pengadu yang mengadu bahawa isterinya dilarikan orang.Yang lucunya pengadu masih lagi meluahkan perasaanya kepada anggota yang bertugas sehingga anggota yang bertugas bertanya betulkah isterinya dilarikan orang atau memang isterinya yang mengikut kekasihnya lari tetapi untuk menutup aib si pengadu maka beliau membuat aduan bahawa isterinya dilarikan orang?

Kisah 3 sepasang pelajar telah ditangkap oleh angota peronda semasa berdua-dua didalam kereta dalam keadaan yang mengaibkan pada tengah malam?Dimana pemantauan oleh ibu-bapa tentang anak-anak semasa cuti sekolah bagaimana seorang anak dara yang masih berada diluar sehingga lewat malam sehingga tertangkap pula oleh anggota polis sedang bercengkrama dengan kekasihnya.Bukankah pada umur yang masih muda mereka seharusnya memikirkan mengenai pelajaran dan hala tuju masing-masing.

Bila difikirkan-fikirkan masalah-masalah yang berada disekeliling kita memang semakin terhakis nilai-nilai moral dan kemanusiaan.Lebih-lebih lagi penulis ke balai membuat repot kerana teman penulis menolong seorang mangsa kemalangan tetapi bukan terima kasih yang diterima tetapi ugutan kerana motorsikalnya hilang!!!!!!??????



Sunday, December 20, 2009



Usai sudah Program "Back To School" yang dijadualkan pada 27 Disember ini.Program "Back To School" ini ialah satu program penyerahan sumbangan peralatan sekolah untuk anak2 yatim dan miskin di Parlimen Kuantan.Sungguh pun begitu masih ramai lagi anak-anak yang memerlukan sumbangan ini kerana pada tahun ini kami menghadkan kepada seratus penerima sahaja dan setiap seorang menerima sumbangan sebanyak RM60 sahaja.Kepada penderma yang sudi masih boleh untuk menyumbang kepada program ini kerana masih ada yang memerlukan sumbangan.Sumbangan boleh dibuat dengan membeli book mark kami yang bernilai RM50 & RM30.Sila berhubung dengan pusat khidmat untuk mendaptkan maklumat lanjut.


Sunday, December 13, 2009

Isnin, 2009 Ogos 24

MITOS DAN PENIPUAN:
TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN

Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu – adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk walhal kalau Raja Jepun ini makan petai kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata pada mulanya melawan Jepun kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi – Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu warna merah dan puteh adalah motif Nusantara – merah darah rakyat – puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari ditelan oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:

Seputar banjir di Kuantan.

Penulis ingin memohon kemaafan kepada pembaca yang mengikuti blog Pusat Khidmat Parlimen Kuantan ini kerana diam tak diam sudah 10 hari blog ini tidak dikemaskinikan.Kesibukan penulis dengan banjir dan juga dengan aduan-aduan dari warga Kuantan yang perlu diambil berat dan diselesaikan maka tugas untuk memperkemas kini laman blog ini terencat.Penulis ingin menegaskankepada pembaca jika anda mempunyai laman blog masing-masing anda bebas mengambil mana-mana artikel dari laman blog ini untuk dipetik tanpa perlu keizinan dari penulis.Minta tolonbg sebarkan mana yang baik supaya dapat meberi manafaat kepada warga Kuantan.Sekali lagi ingin penulis menegaskan blog ini bukan blog politik tetapi blog ini adalah milik warga Kuantan untuk mendapatkan berita sekitar Kuantan dan informasi.
Minggu ini selain dari berita banjir yang ingin penulis paparkan penulis juga mahu memaparkan berita semasa penulis mengikut YB Fuziah turun padang pada minggu ini dan lepas.Banyak aduan-aduan yang kami terima sama ada yang kecil atau besar.Banjir pada kali ini penulis simpulkan agak lain sedikit berbanding dengan tahun lepas kerana pertembungan dengan air pasang besar jadi banyak kawasan yang tidak sepatutnya dinaiki banjir dilanda banjir kedua kawasan yang biasa dinaiki air kemudiannya dinaiki air lebih dari sepatutnya dan kemudiannya diburukkan oleh sistem perparitan yang tidak sempurna maka banjir yang sepatutnya sehari menjadi 3 hari seperti yang berlaku di Kg Pahang dan Sg Soi yang menyebabkan kerugian besar kepada pekebun-pekebun sayur disitu.Penulis sendiri turun padang melihat kekawasan kebun sayur yang biasanya dinaiki air setinggi sekaki hingga dua kaki air kali ini menjangkau sehingga 5 kaki air yang menyebabkan sayur yang sepatutnya boleh dituai terendam didalam air banjir.
Menurut penduduk setempat projek penaiktaraf jalan adalah salah satu punca banjir kali ini kerana pada kebiasaanya air dapat melintas keseberang dan terus masuk ke Sg Soi tetapi kali ini air telah terkepung diseberang jalan yang telah dinaik taraf sehingga 7 kaki tinggi dan diburukkan lagi oleh tiada kolong(calvert) dan longkang yang besar untuk menyalirkan air.Kami dapati ada sesetengah calvert yang dibina adalah terlalu kecil hanya sebesar 3 kaki sahaja. Ada penduduk yang secara sinis memberitahu bahawa projek sebesar ini dijalankan oleh orang-orang pandai jadi buah fikiran orang kampung dipandang enteng sahaja oleh orang-orang pandai ini.Projek tanaman sayur disini pada pandangan penulis adalah beratus-ratus ekar dan jika dikali dengan kos untuk menanam seekar kebun sayur adalah sehingga RM3000-RM6000 seekar bayangkan berapa kerugian yang ditangung oleh pekebun sayur disini.
Bencana alam memang tidak boleh dijangka dan di tolak oleh manusia tetapi pada hemat penulis manusia juga yang mengubah cuaca dan menyebabkan bencana alam ini memburuk seperti di kawasan ini sebelum ini adalah kawasan pertanian sepenuhnya tetapi semenjak bebrapa tahun ini semakin banyak projek perumahan dan penduduk semakin ramai maka banjir menjadi lebih buruk lagi.

Saturday, December 5, 2009

Banjir di Daerah Kuantan

Alhamdullilah cuaca di Kuantan pada hari ini bertukar menjadi baik jika hujan berterusan semenjak semalam dicampur pulak oleh air laut pasang besar semalam kemungkinan lebih ramai yang akan dipindahkan.Setakat semalam jam 11 malam ada 7 keluarga dipindahkan di Balai Raya Kg Pahang melibatkan 31 orang dan Balai Raya Kg sg Soi seramai 3 keluarga yang melibatkan 21 orang,3 keluarga di Sepat dan 7 keluarga juga di Sekolah Menengah Paya Besar adajuga kawasan lain dinaiki air seperti di Taman TAS dan juga Kg Pandan.Jalan Kuantan Pekan juga ditutupi kepada kenderaan ringan semalam dan juga jalan Maran ke Kuantan di KM 42 simpang Lepar juga ditutupi kepada kenderaan ringan.Kepada ibu bapa dinasihati menjaga anak dari bermain dengan air bah dan menjaga kesihatan masing-masing.

Friday, December 4, 2009

Berita IC Biru


Petikan akhbar Sinar Harian semalam mengenai seorang warga emas mendapatkan haknya sebagai warga negara Malaysia selepas 35 tahun dinafikan haknya sebagai seorang warganegara Malaysia.Kes seperti ini memang rumit sebabnya mengambil masa yang lama tetapi kaalu tidak dibuat dengan betul memang sukar.Bagaimana hendak diperolehi sagu jika tidak dipecahkan ruyungnya.

Wednesday, December 2, 2009

Galeri gambar-gambar




Penulis malas hendak menulis cerita so picture will discribe more then 1000 words.Gambar atas ialah gambar program penyerahan bantuan atap zink kepada pendudk di Tg Lumpur.DUN Tg Lumpur ini statistik penerima bantuan amat tinggi kerana rata-rata mereka adalah orang miskin kerana berpendapatan bawah RM700 sebulan kerana masing-masing berkerja sebagai nelayan dan buruh.Rumah yang didiami pula ialah disewa atau menumpang tanah orang atau kerajaan.Agensi-agensi kerajaan mensyaratkan jika ingin menerima bantuan membaiki rumah hendaklah diatas tanah sendiri,namanya orang miskin bertuah kalau ada tanah sendiri jadi dengan kengkangan ini sebanyak 52 penerima sumbangan zink tak banyak hanya sebanyak 10 keping seorang boleh nak cover mana-mana yang bocor sebelum musim hujan.Masalah perumahan untuk rakyat ini adalah masalah yang besar yang perlu melibatkan pemimpin -pemimimpin besar kerajaan tetapi masalah seperti jarang diberi perhatian oleh pemimpin besar hanya pemimpin kecil sahja yang ambil pusing.Dengan inisiatif dari Pusat Khidmat,YB Fuziah ahli parti dan penyokong maka derma dapat dikumpul dan mereka ini dapatlah menerima zink untuk membaiki rumah mereka.(apa yang boleh dibuat oleh orang kaya yang mempunyai kuasa untuk membantu orang miskin?jika orang yang sederhana boleh membantu bayangkanlah jika orang kaya?)

Tuesday, December 1, 2009

BTS @ Back To School

Program BTS ialah program untuk memberi bantuan kepada pelajar2 miskin dan yatim didalam Parlimen Kuantan.Sudah sedia maklum perbelanjaan untuk kembali ke sekolah bagi setiap anak2 adalah amat tinggi setiap tahun tanyalah kepada setiap ibu-bapa yang punya anak ramai berapa banyakkah perbelanjaan yang perlu untuk anak2 kembali ke sekolah.
Program BTS ini sudah kali ke 2 kami jalankan semenjak 2008.tahun lepas program ini dijalankan di Annex Resthouse pada 25hb Disember 2008 seramai 175 orang penerima terdiri dari pelajar2 miskin dan yatim menerimanya.
Bagaimana ianya berjalan?BTS dibuka kepada semua anak2 yatim dan miskin yang berumur dibawah 15 tahun sahaja bersekolah di dalam Parlimen Kuantan (DUN Teruntum,Inderapura,Tg Lumpur),Ibu bapa atau Penjaga hendaklah berpendapatan Bawah RM700 dan mempunyai tanggungan 5 orang dan keatas.Pengesahan pendapatan bolehlah dibuat oleh Ketua Kampung JKKK atau Penghulu.
Kami juga berharap kepada sumbangan orang ramai yang sudi untuk menaja pelajar2 ini sebanyak RM60/setiap pelajar(Boleh membeli pakaian,kasut atau kelengkapan sekolah yang lain)Kepada penderma yang sudi boleh behubung dengan kami melalui email dan no tel yang tertera didalam blog ini.


Wednesday, November 25, 2009

Balak Pahang yang akan jadi Bala kepada negeri ini



Pahang memang sebuah negeri yang kaya hasil masyulnya.Emas,timah dan balak memang diketahui semenjak dahulu lagi menjadi hasil yang utama bagi negeri Pahang tetapi mengapa negeri Pahang juga adalah sebuah negeri yang agak terkebelakang dari segi pembangunan dan ekonominya mengapa?.Sudah diketahui umum budget negeri Pahang adalah budget defisit selama 12 tahun berturut-turut jika ianya sebuah organisasi perniagaan sudah lama ianya ditutup.Mengapa agaknya ini terjadi?Salah takbir atau pengurusan yang tidak telus agaknya.Di negeri Kedah yang secara relatifnya hasil Balak adalah tidak sebanyak Negeri Pahang hasil royalti atau premium balaknya adalah RM19,000 untuk seekar berbanding dahulu semasa kerajaan lama memerintah ialah RM1,000 seekar(banyak beza tu)
Harus diketahui bahawa hasil balak adalah satu hasil yang akan habis jika tidak dikendalikan dengan cekap. Maka satu kajian untuk (dengan izin) sustainabale development perlu dibuat secara teperinci sebelum hasil ini dapat dinikmati oleh semua pihak.Pokok perlu ditanam semula untuk menikmati hasilnya setidak- tidak selama 10 tahun.Kawasan tadahan hujan harus dilindungi agar kawasan rendah tidak dinaiki air atau banjir kilat berlaku.Masihkah rakyat Malaysia mengingati Tragedi di Kuala Dipang yang mengorbankan nyawa disebabkan pembalakan yang tidak terkawal berlaku dikawasan tinggi?. Kami seia dan sekata dengan YB Fuziah didalam isu - isu alam sekitar.Janganlah ia dijadikan isu politik kerana ianya melibatkan Generasi masa depan.Anak-anak kita yang bakal mewarisi dunia kita pada hari ini,janganlah anak-anak kita mewarisi dunia yang semakin kotor dan tercemar.Satu kajian EIA harus dibuat untuk semua projek-projek pembangunan yang melibatkan alam sekitar.(Pencemaran Air,udara,tanah tinggi,kawasan tadahan dsb)Janganlah pihak berkuasa bersekongkol dengan Lanun yang merompak hasil bumi ini sehingga tidak memikirkan generasi masa depan.

Bulat Air Kerana Pembentung

Apa kaitan dengan bulat nie....Apa yang penulis ingin suarakan disini ialah permuafakatan sesama jiran atau pun masyarakat yang harus dititikberatkan.Kami menerima aduan dari segenap lapisan masyarakat dan juga dari latar belakang yang berbeza.Ada juga ynag mempunyai pandangan politik yang berbeza........ pedulikan perbezaan pendapat jika terjadi permasalahan ia pasti melibatkan semua jika jalan yang berlubang ia pasti melibatkan semua tidak kira mereka dari perti mana.
Jika sesuatu aduan itu melibatkan kesejahteraan semua penduduk ianya lebih baik dilibatkan oleh semua penduduk.Contoh : Jika ada kacau ganggu disesuatu tempat seperti bunyi bising dari sesuatu premis janganlah pulak kita mengharapkan kami yang menyelesaikan bagai pihak pengadu lebih baik penduduk setempat bermuafakat sesama jiran untuk membuat memorandum dan secara kolektif menghantar aduan dan bantahan kepada pihak-pihak yang berwajib.Apabila sesuatu pihak melihat ianya secara kolektif maka sesuatu aduan itu akan dipandang serius kerana ianya melibatkan kesejahteraan semua pihak.

Thursday, November 12, 2009

Lagi kisah Aduan

Lagi kisah aduan tetapi kali ini berkaitan dengan isu belian runcit petrol di stesyen minyak.Kami menerima aduan dari seorang pemanggil lewat telepon sahaja almaklumlah talian mesra rakyat(019 260 2838).Memang sudah diketahui umum bahawa Minyak petrol yang dibeli adalah bersubsidi.Subsidi yang diberikan oleh kerajaan agar pengguna dapat membeli petrol dengan harga sekarang RON 97 RM2.05 dan RON 95 RM1.85/liter dan untuk mengelakkan penyelewengan berlaku maka satu akta diwujudkan iaitu mana -mana pembeli dan penjual yang terlibat didalam menjual kepada orang yang tidak berkenaaan bagi maksud kegunaan industri boleh didenda sebanyak RM10,000. Wow banyak tu!Maka dengan penguatkuasaan yang tegas dari penguatkuasa KPDN HEP maka takutlah si penjual untuk menjual petrol didalam tong lagi.

Kami telah berhubung dengan Pegawai KPDN HEP untuk mengesahkan perihal hal ini.Ya memang wujud akta tersebut tetapi orang awam boleh mentafsir atau mengguna budi bicara. Kepada pembeli yang ingin membeli sedikit petrol bagi kegunaan sendiri seperti peniaga pasar malam yang ingin menghidupkan gen setnya atau kepada pekebun sayur yang ingin mengisi minyak mesin rumput bolehlah membeli sekadar keperluan tidak perlu ada surat kebenaran dari KPDN HEP.Kepada penjual gunakan budibicara jika pembeli datang dengan Toyata Hi Lux bersama tong minyak besar sah mereka ingin membeli untuk kegunaan industri samada menghidupkan gen set yang besar atau mesin-mesin yang lain.Jika yang datang hanya membawa tong minyak enjin kapasiti 5l sah untuk keguanaan sendiri atau kereta habis minyak.Maka pikirlah dan renungkan.

Wednesday, November 11, 2009

Pengumuman

Kepada semua warga Kuantan yang membaca blog ini tidak kira diParlimen mana,Pusat Renang awam yang terdapat hanya satunya di Indera Mahkota (SUKPA) akan kembali beroperasi semula setelah ditutup hampir 2 tahun.Isu ini nampak remeh tetapi ia milik awam dan memakan jutaan ringgit wang awam untuk membinanya.Ianya di serah kepada MPK sebagai pengendalinya,namun apabila ianya rosak kolam renang ini diserahkan kembali kepada JKR untuk penyelenggaraan dan pembaikan.Perkara ini sudah dibawa ke Parlimen kerana ianya mengambil masa yang terlalu lama dan Warga Kuantan tiada tempat lain atau pilihan lain untuk berenang.Kami juga menerima banyak aduan dari orang awam mengenai kelewatan ini ,banyak aduan dihantar ke MPK dan pihak MPK telah mengemukakan kepada JKR permasalahan ini ialah kerana JKR tiada peruntukan dari Persekutuaan.Jadi tunggu sahaj hari Jumaat ini apabila ianya akan diserah kembali kepada MPK untuk kegunaan awam.

Friday, November 6, 2009

Sikap Yb Ahli Parlimen Kuantan dipuji

Syabas YB teruskan usaha gigih YB memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua warga Kuantan.SYABAS dan Tahniah!

Masalah Medan Pelancong


Mana janji YAB Dato Seri Adnan Yaakob yang berjanji akan menyelesaikan masalah peniaga Medan Pelancong.Masalah ini pernah kami utarakan satu masa dahulu.Perkara pokoknya bukan kami menolak pembangunan begitu juga peniaga mereka bukan degil tidak ingin berpindah tetapi mana tapak perniagaan sementara yang dijanjikan dan mengapa terlalu sedikit pampasan yang mereka terima walhal sudah berpuluh tahun mereka berniaga di Medan Pelancong.

Wednesday, November 4, 2009

Isu pengangkutan awam dan kini Pemandu Teksi




Memang diketahui umum bahawa di bandar Kuantan ini memang berlaku masalah tiada perkhidmatan Bas Bandar dengan alasan tiada pengusaha atau pengusaha tidak untung menjalankan perkhidmatan bas bandar."Public transport" memang penting kepada semua orang terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.Tidak semua mampu untuk memiliki sendiri kereta atau motosikal.Sekarang di bandar Kuantan rata-rata orang awam bergantug kepada perkhidmatan kereta sewa untuk bergerak kesana-kemari.Baru-baru ini berlaku satu isu yang melibatkan pemandu-pemandu kereta sewa di Pokok Buluh didepan Masjid Negeri yang dihalang oleh Majlis Perbandaran Kuantan untuk beroperasi disitu.Permasalahannya mereka sudah beroperasi semejak 20 tahun lamanya disitu.Kemana mereka akan lari?Ini juga akan mendatangkan masalah kepada pengguna yang biasanya akan mendapatkan kereta sewa disitu yang lebih "convenience" disebabkan lokasinya yang strategik.

Isu Nelayan Lagi


Posting kali ini memang banyak menyentuh mengenai Nelayan kerana Pusat Khidmat menerima banyak aduan mengenai Nelayan terutama mengenai kebajikan Nelayan.

1.Kemiskinan : Banyak nelayan dikaitkan dengan kemiskinan.Banyak kes kebajikan yang diterima oleh Pusat Khidmat mebabitkan golongan ini.

2.Isu rumah nelayan : diberikan semenjak 1985 Kerjaan negeri Pahang ingin mewujudkan Perkampungan nelayan @ perumahan Nelayan yang terbesar didunia di Bunut Rendang bersebelahan perumahan Inderapura agar Nelayan yang rata-rata berpendapatan rendah dapat tinggal diperumahan yang selesa dan murah sehingga sekarang janji tinggal janji.Sudah bergenerasi Nelayan menunggu akan janji ini sehingga ada yang sudah pun dijemput ilahi.Sila baca mengenai isu nelayan didalam perbahasan Dewan Rakyat yang dibawa oleh MP Kuantan dari isu minyak diesal,ais,perumahan,kad nelayan,elaun dan juga kebajikan nelayan.

Bahas MP Kuantan mengenai isu semasa

Bismillah arRahman arRahim

Tuan Yang Di Pertua

Terima Kasih kerana mengizinkan saya turut serta didalam perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan tahun 2010 diperingkat dasar dengan membawa perbahasan didalam beberapa aspek berikut:

1. Strategi Baget dan Pelaksanaannya

Strategi Baget 2010 bertumpu kepada 3 perkara iaitu

i. Memacu Negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi

ii. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan

iii. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Adalah diharapkan Strategi ini sungguh-sungguh mencerminkan bahawa pihak Kerajaan mahu mendengar rintihan rakyat terbanyak. Strategi ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan BN turut mendengar saranan-saranan

membina dari pihak Pakatan Rakyat sebelum ini.

Strategi yang nampak komprehensif diatas kertas, mestilah diterjemah dengan baik pula oleh pihak pelaksana. Tidak semestinya apabila satu-satu strategi nampak cantik dan komprehensif ianya akan dapat dilaksanakan dengan cantik dan baik juga. Harapan saya semoga semua pihak yang terlibat didalam pelaksanaan dapat memahami strategi ini dengan baik serta juga dapat membina budaya kerja efektif, dan cemerlang serta kerangka pemikiran positif untuk sama-sama menjayakan strategi diatas.

2. NKRA

Pemilihan 6 bidang keberhasilan Utama Negara- NKRA merupakan bidang-bidang yang memang seharusnya di berikan tumpuan. Seperti yang di nyatakan oleh YB Menteri KPI dalam dewan yang mulia ini pada 2nov 2009, bahawa pemilihan NKRA ini ialah setelah mengambil kira maklum balas dari pelbagai sudut dan pelbagai agensi termasuk maklumbalas dari kajian persepsi orang awam, pihak media, Merdeka Center, competitiveness index, dan laporan transparency international.

Saya turut meneliti pengukur prestasi, agenda bertindak, serta sasaran yang telah ditetapkan buat keenam-enam bidang ini akan tetapi saya masih belum yakin dengan kesungguhan pihak Kerajaan didalam pelaksanaannya. Kenapa saya berkata demikian ialah kerana pihak Kementerian terbabit tidak cukup telus didalam berkongsi KPI mereka. Mengapa berlaku demikian? Adakah kerana pihak Kementerian takut untuk diukur prestasi mereka kelak?

3. KRA & KPI

Tuan Yang DiPertua

Formulasi bidang keberhasilan utama KRA bagi satu-satu skop kerja adalah berasaskan atau berpandukan kepada satu-satu strategi. Dari strategi, akan di kanalpasti KRA, kemudian KPI – begitulah proses fomulasinya Tuan Yang diPertua.

Maka sekiranya strategi baget ialah pembangunan holistic dan mapan, dimana initiative yang diambil dalam pelaksanaan strategi tersebut antaranya ialah teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar. Maka KRA seharusnya ialah bidang keberhasilan utama didalam initiative tersebut. Memberi incentive kepada bangunan yang mencapai taraf GBI (Green Building Index) merupakan satu usaha yang dialu-alukan. Akan tetapi bagaimana pula dengan usaha mengurangkan pengeluaran carbon ‘carbon emission reduction’ dari kenderaan-kenderaan? Bagaimana pula usaha pengurangan ‘Greenhouse Gas Emmission’ Apakah pula initiative Kerajaan dalam aspek ini?

YAB PM berkata dalam ucapannya bahawa Kerajaan akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan Kerajaan.

Saya amat-amat alukan kenyataan ini, akan tetapi saya juga ingin lihat komitmen dalam menentukan sasaran dan KPI Kementerian.

Di New South Wales, Australia, satu negeri yang meletakkan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai sabahagian dari ‘state plan’ nya telah pun mensyaratkan kereta-kereta Menteri mereka dan bas-bas awam supaya menuruti kiraan pengeluaran carbon dibawah tahap tertentu. Apa pula komitmen Kerajaan kepada ayat PM diatas? Bagaimana dengan kereta Menteri kita dan pengangkutan Awam kita?

Saya menyarankan pihak Kerajaan bersungguh-sungguh menghapuskan kegunaan polisterine disamping membuat satu perancangan tersusun dalam mengurangkan kegunaan bag plastic di supermarket. Masukkan initiative ini kedalam KPI Kementerian. Kemudian kuatkuasakan, didik orang ramai, banyakkan program advocacy, Barulah sungguh-sungguh dan komited namanya.

Bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012? Sejak persetujuannya pada tahun 1997 Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruh dunia sudah bercakap tentang ‘going green’ - orang tua, orang dewasa, malah kanak-kanak dimerata pelusuk dunia sudah ada kesedaran tentang ‘going green’ sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI. Ini tidak mencukupi Tuan yang di Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh.

Tuan Yang Di Pertua,

Saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Sebab itu lah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau ‘rare earth’ di Gebeng Kuantan, dimana sisa buangan nya nanti mengandungi sisa radioaktif. Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak Lynas membawa sisa pemerosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita? Sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat ‘half life’ nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan, buat satu jangka masa yang begitu lama selepas Lynas menutup kilang nanti. Ketika itu, siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran ditempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini?

Tuan Yang di Pertua,

4. KPI PENGANGKUTAN AWAM

Kerajaan telah meletakkan pengangkutan awam Bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Langkah Kerajaan dalam usaha ini dialu-alukan.

Saya ingin menyarankan beberapa perkara dibawah

1. SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya dijadualkan bermula operasinya pada 2010, maka tidak cukup dengan PM meminta mempercepatkan penubuhannya. Saya nak dengar YAB Perdana Menteri meletakkan sasaran tarikh penubuhan SPAD dan juga sasaran tarikh mula operasi sebagai salah satu KPI. Beroperasi mula tahun 2010 tidak cukup specific sebagai sasaran.

2. Peruntukan Kewangan mestilah melihat kepada pengangkutan awam Bandar di seluruh Negara, dan bukan sahaja bertumpu kepada ibu negara. Di Kuantan kawasan saya sudah tiada perkhidmatan bas Bandar selama hampir dua tahun. Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan peruntukan RM79 Juta untuk pembinaan terminal pengangkutan bersepadu di Kuantan. Akan tetapi kalau bas Bandar pun tak ada, saya tidak Nampak rasional membina terminal bas bersepadu.

Tuan yang di Pertua.

Yang lebih memerlukan pengangkutan awam ialah pesara, ibu-ibu tunggal, orang miskin, nelayan. Dah lah di Kuantan tu tiada teksi bermeter, sekarang ini, teksi bandar disatu hentian pun di sekat kerja mereka. Bagaimana prioriti yang di tetapkan oleh pihak Kerajaan. Saya pohonlah bagi pihak rakyat Kuantan, bagi memenuhi keperluan rakyat biasa untuk lebih prihatin tentang perihal bas bandar ini.

5. KPI KEMENTERIAN WANITA

Kementerian Pembangunan Wanita - saya kira sudah tentu meletakkan sasaran 30 % penglibatan wanita didalam semua peringkat membuat keputusan sebagai KPI utamanya.

Walaupun saya tahu bahawa draft pelaksanaan strategi penyertaan 30% wanita sudah pun disiapkan oleh pakar runding UNDP, namun pihak Kementerian Wanita masih berahsia, masih tidak bersikap terbuka, masih tidak mengajak Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari kalangan wanita memberi pandangan dan maklum balas. Malah strategi menambah penyertaan Ahli Dewan Rakyat wanita yang kini hanya di peringkat 10.8%. yang jauh kebawah berbanding dengan Parlimen-Parlimen lain di dunia, pun tidak pernah dibawa berbincang dengan kaukus wanita. Kementerian Wanita seolah-olah duduk didalam kepompongnya sendiri tanpa mengiktiraf pandangan pihak lain.

6. Memerangi Rasuah

Langkah memastikan Negara berada dikedudukan yang lebih baik dalam Indexs Persepsi Rasuah Antarabangsa adalah satu langkah yang dipuji. Saya berpendirian bahawa komitmen memerangi rasuah mestilah dibuat secara sungguh-sungguh dan penggubalan Whistle Blower Act merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan.

Bila ianya akan di bentang di Dewan Rakyat mesti dinyatakan dan diletakkan sasaran sebagai KPI Kementerian. Sementara akta itu diluluskan, saya menyarankan supaya pihak Kementerian menyediakan satu prasarana yang kondusif serta praktikal bagi memudahkan pemberi maklumat tampil kehadapan. Supaya ada prosedur serta garispanduan yang membolehkan pemberi maklumat yang ikhlas untuk menampilkan diri secara selamat. Satu budaya berteraskan integriti juga perlu di pupuk dan apabila dikembarkan dengan prosedur yang jelas tentu sekali kita mampu memulihkan imej Negara dari rasuah.

Saya juga menyarankan supaya pihak SPRM dan Kerajaan tidak merendahkan imej mereka di mata masyarakat dan dimata dunia dengan mengambil tulisan-tulisan dari blog sebagai bahan asas untuk bertindak, menyiasat dan menangkap seseorang.

Dimasa yang sama, laporan-laporan Polis terhadap salah guna kuasa dan rasuah tidak diambil tindakan dan disiasat. Bukankah ada disparity disini?

Pada 3 Nov 2009 SPRM menghadapkan ke Mahkamah 5 orang atas tuduhan salah guna peruntukan kewangan termasuk dari golongan PR dan BN. Sekiranya ini benar menunjukkan bahawa tiada pendakwaan terpilih, maka saya ingin bertanya kepada YB Menteri kenapa aduan dan laporan polis terhadap rasuah dan salahguna kuasa bekas MB Selangor tidak diambil tindakan dan disiasat? Akan tetapi aduan dalam blog di gunakan wewenangnya sebagai asas untuk menyiasat seorang pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan negeri.

Sekiranya kita serius mahu menangani persepsi berkenaan rasuah di Negara kita, maka persepsi rakyat dan persepsi dunia berkenaan pengurusan aduan dan laporan rasuah, serta prosedur soal siasat mesti dinilai semula dan mesti diperbaiki.

7. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Saya mengalu-alukan rangkap dari ucapan YAB Perdana Menteri yang berbunyi .....“Saya sentiasa mahukan pentadbiran Kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan....” YAB Perdana Menteri juga berkata “Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Jadinya, untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita diumumkan disini bahawa Kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir 2 billion ringgit”

Tuan Yang DiPertua,

Kuantan merupakan diantara pengkalan perikanan terbesar dalam Negara dan bagi pihak para nelayan di Kuantan khususnya, saya mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan YAB Perdana Menteri.

Maka justeru itu, saya menyeru pihak LKIM yang ditubuhkan sebagai Agensi pelaksana kepada hasrat membantu nelayan ini di mana objektif LKIM ialah:

  1. Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
  2. Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.

Tuan Yang Di Pertua

Saya amat-amat berharap supaya LKIM dapat memberikan khidmat yang terbaik dan professional dalam menyahut cabaran YAB PM

Malah Komitmen PM telah di perkukuhkan lagi oleh ucapan Dato Ketua Pengarah LKIM dalam laman web rasmi LKIM yang berkata:

“Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka “ (Dato Mustafa Bin Hj Ahmad)

Namun demikian sering kita dapati ucapan sebegini menjadi retorik yang tidak dapat di hayati oleh pemegang-pemegang amanah yang menjawat jawatan di peringkat akar umbi.

Tuan Yang Di Pertua,

Baru-baru ini saya menerima aduan dari pihak nelayan di Kuantan. Sebelum ini aduan demi aduan berkenaan dgn subsidi diesel dan perkhidmatan LKIM sudah pun saya bahaskan diDewan yang mulia ini. Akan tetapi aduan yang baru-baru ini menjurus kepada harga air batu yang melambung terlalu tinggi. Harga biasa satu block ialah RM13. Akan tetapi pada 17 & 18 Okt 2009 sewaktu hasil tangkapan ikan meningkat. Harga air batu telah melambung kepada rm 20 dan rm19 pada dua hari berturut2. Ini disebabkan kilang pembekal tidak dapat menampung keperluan air batu yang di perlukan, maka mereka terpaksa membeli diluar, sampai keKuala Selangor dan ke Tok Bali yang menyebabkan kos pengangkutan melambung dan akhirnya nelayan sebagai pengguna terpaksa menangggung kos tersebut.

Tuan Yang di Pertua,

NEKMAT merupakan pemborong air batu, PN Kuantan pula merupakan peruncit. LKIM pula seperti yang kita semua ketahui merupakan agensi yang seharusnya membantu mereka, malah gaji Pengurus PNK di bayar oleh LKIM. Didalam usaha saya mencari jalan penyelesaian berkenaan hal harga air batu tadi dan juga sebagai langkah proaktif supaya permasalahan ini tidak timbul lagi di masa-masa hadapan, saya telah mengambil inisiatif mengajak pihak NEKMAT, Pihak PN dan juga pihak LKIM untuk berunding secara konstruktif dan membina.

Namun Pertemuan pada 31 okt yang telah di atur dan di persetujui satu minggu sebelumnya, di halang oleh Pengarah LKIM sendiri , dimana arahan beliau ialah supaya Pengurus PN Kuantan tidak dibenarkan hadir didalam pertemuan tersebut. Malah alasan yang diberikan beliau kepada pegawai saya disaat-saat akhir tidak munasabah sekali iaitu pertemuan tersebut diadakan pada hari sabtu, hari orang tak bekerja., sedangkan semua pihak terlibat telah pun bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum itu

NEKMAT telah beri kerjasama. PNK juga beri kerjasama. Akan tetapi LKIM? Semata-mata kerana mereka yang menjadi pembayar gaji, maka mereka boleh buat sesuka hati , Pengarah pula boleh beri arahan supaya pengurus PN jangan hadir ke pertemuan tersebut. Tuan Yang di Pertua, begitu ke? Saya ingin bertanya kepada YB Menteri kerana Menteri selalu berkata bahawa beliau bersifat terbuka dan saya pohon pihak YB Menteri menjawab dan memberikan sedikit bimbingan kepada pengarah@ yang tidak mesra nelayan ni. Serta jangan pula nanti di kenakan tindakan keatas pengurus yang mahu beri kerjasama.

Buat makluman jalan penyelesaian kepada permasalahan nelayan telah pun kita capai tanpa kehadiran wakil LKIM.

Tuan Yang Di Pertua,

Dimanakah sifat profesionalisma LKIM di sini? Dimanakah rangka pemikiran perkhidmatan profesional LKIM dalam membantu nelayan menyelesaikan permasalahan nelayan? Sekiranya seorang pengarah LKIM tidak boleh beri kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen yang ikhlas memperjuangkan nasib nelayan, bagaimana mungkin institusi ini dapat benar-benar mencapai hasrat membantu nelayan.

Lain pula didalam hal projek perumahan nelayan Bunut Rendang yang di wartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan. Pada mulanya projek ini di bawah kendalian LKIM. Kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Kini lebih 10 tahun sudah berlalu dan projek ini masih terbengkalai. Saya cadangkan pihak Kerajaan ambil semula projek ini sebagai projek terbengkalai untuk diselesaikan dengan segera.

Baget 2010 juga menyebut berkenaan elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan 170 juta ringgit. YAB PM juga berkata ini bukti bahawa Kerajaan bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong. Dalam hal ini saya ini ingin bertanya kepada YAB PM, bagaimanakah ada dikalangan yang bukan nelayan, yang memiliki bot, tapi pergi memancing suka-suka sebagai hobi pun boleh mendapat kad nelayan yang membolehkan seseorang itu mendapat elaun sara hidup nelayan?

Inikah yang dimaksudkan PM apabila beliau berkata Kerajaan sedang mengota apa yang dijanjikan, juga menjuarai kebajikan serta periuk nasi rakyat?

Malang sungguh nasib nelayan dan saya ingin mengatakan begini kepada YAB PM. Lupakan lah hasrat PM untuk membina 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di-utamakan, kerana PM hanya akan bermimpi disiang hari. Nelayan akan terus berjerih, melawan badai, menyabung nyawa, kerana selagi pihak Kerajaan BN tidak sungguh-sungguh dalam memantau pelaksanaan segala apa yang dikatakan, serta tidak sungguh-sungguh merubah budaya kerja keadaan ini akan terus berkekalan.

Tuan Yang di Pertua

8. PENAMBAHBAIKAN PARLIMEN

(PARLIAMENTARY REFORMS)

Parlimen merupakan institusi yang bebas dan didewan yang mulia inilah diluluskan undang-undang yang menentukan pentadbiran Negara. Saya juga sentiasa hormat kepada nasihat Tan Sri Yang di Pertua yang menyarankan supaya kita berusaha menjadi Parlimen bertaraf dunia.

Saya ingin bertanya samada perkara-perkara berikut akan di lakukan dalam menyahut cabaran Parlimen bertaraf dunia ini.

1. Jadikan Parlimen satu badan yang benar-benar bebas dari kuasa eksekutif. Tidak perlu ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

2. Pentadbiran Parlimen harus diletakkan dibawah satu jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab hanya kepada Speaker dan Parlimen. Di Parlimen lain didunia pihak legislatif memang bebas dan terpisah dari campurtangan eksekutif. Mampukah kita membebaskan diri kita dari campurtangan eksekutif ini?

3. Peruntukan baget perlu di buat untuk membiaya seorang ahli penyelidik yang merupakan staf peribadi kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membantu Ahli-Ahli Dewan membuat penyelidikan yang lebih rapi dan mantap. DI Indonesia Ahli Parlimen dapat dua staf peribadi yang dibayar gaji oleh Parlimen. Mengapa kita tidak melihat kearah itu.

4. Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas tetap merangkumi pelbagai kepentingan awam mesti di tubuhkan dan dianggotai oleh Ahli Parlimen kedua belah pihak PR dan BN

5. Draf rang undang-undang tidak seharusnya di gubal oleh pejabat Peguam Negara. Ianya harus digubal oleh badan bebas dibawah penyeliaan JK Khas tetap, dan kemudian mengambil kira pula pandangan semua stake holder dalam masyarakat.

Sekiranya Penambahbaikan Parlimen dalam aspek ini dapat di laksanakan, barulah boleh kita mengatakan bahawa kita Parlimen bertaraf dunia . Saya berharap kita sungguh-sungguh meletakkan kayu ukur yang bertaraf dunia demi menaikkan taraf Parlimen kita ketaraf world class. Semoga dengan usaha yang sungguh-sungguh, keihklasan semua pihak, sikap profesionalisma, kerjasama yang melangkau batas-batas politik, barulah memungkinkan kita untuk sampai ketahap cemerlang mengisi hasrat yang di utarakan dalam masa kehadapan.

Tuan Yang Di Pertua, Sekian Perbahasan saya, diatas Baget 2010 bertajuk 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Terima Kasih