Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Tuesday, October 20, 2009

Gotong royong rumah En Dupa





Pada minggu lepas kami telah mendapat panggilan dari Pegawai Khas kami En Zainurin(Pok Ja) mengenai satu keluarga anak yatim yang tinggal di rumah yang daif.Rumah ini hanya ada satu bilik sahaja dan tiada tandas.Bumbung rumah sangatlah daif berlubang.Maka kami telah bertindak atas aduan dan pergi melihat keadaan rupa Che Dupa bersama adik-adiknya.Memang sah rumahnya amat daif.Papan lantai reput,perabungnya juga reput dan tiada tandas.Che Dupa tinggal bersama isteri beliau yang juga anak yatim bersama 2 anak yang masih kecil.Adik beliau ada 4 orang yang masih sekolah.

Minggu ini sempena cuti Deepavali sepuluh orang pemuda Kampung Kempadang terdiri dari anggota PKR bersama Pok Ja telah bergotong royong menggantikan atap yang uzur.Sumbangan kayu dan Zink adalah dari sumbangan orang ramai dan Yb Fuziah sendiri dan YB juga telah turun merasmikan gotong royong ini.

Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seperti papan,pasir, simen dan bahan binaan yang lain untuk meneruskan projek membina tandas pula.

No comments:

Post a Comment