Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Friday, October 23, 2009

Jualan nasi dagang bagi mengisi tabung bencana di Padang



Esok 24 Oktober akan berlangsung satu upacara di Kedai Nasi Dagang Ubai iaitu Jualan Amal bagi mengisi Tabung Bencana Alam Padang.Kami akan kesana esok bagi menyatakan sokongan kami.Tahniah kepada En Rosli tokey Kedai Nasi Dagang Ubai.Upacara dari jam 7.30 pagi sehingga 4 petang.Semua dijemput hadir.Memang Nasi Dagang itam(nama glamour En Rosli) sangat sedap.Kami puji permufakatan penduduk Ubai untuk membantu mangsa di Padang walaupun rata-rata penduduk Ubai terdiri dari golongan yang kurang berada.En Rosli memang kami tahu suka membuat kebajikan kerana semasa kami menjalankan program Jejak Fakir pun kami buat di kedai Rosli malah kepada penerima yang tak dapat hadir kerana keuzuran En Rosli sudi untuk pergi mencari mereka dan menyampaikan kepada mereka.Kami difahamkan 10% hasil keuntungan jualan esok akan didermakan.Jadi apa tunggu lagi datanglah beramai-ramai.Makan sambil beramal.

No comments:

Post a Comment