Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Wednesday, November 25, 2009

Balak Pahang yang akan jadi Bala kepada negeri ini



Pahang memang sebuah negeri yang kaya hasil masyulnya.Emas,timah dan balak memang diketahui semenjak dahulu lagi menjadi hasil yang utama bagi negeri Pahang tetapi mengapa negeri Pahang juga adalah sebuah negeri yang agak terkebelakang dari segi pembangunan dan ekonominya mengapa?.Sudah diketahui umum budget negeri Pahang adalah budget defisit selama 12 tahun berturut-turut jika ianya sebuah organisasi perniagaan sudah lama ianya ditutup.Mengapa agaknya ini terjadi?Salah takbir atau pengurusan yang tidak telus agaknya.Di negeri Kedah yang secara relatifnya hasil Balak adalah tidak sebanyak Negeri Pahang hasil royalti atau premium balaknya adalah RM19,000 untuk seekar berbanding dahulu semasa kerajaan lama memerintah ialah RM1,000 seekar(banyak beza tu)
Harus diketahui bahawa hasil balak adalah satu hasil yang akan habis jika tidak dikendalikan dengan cekap. Maka satu kajian untuk (dengan izin) sustainabale development perlu dibuat secara teperinci sebelum hasil ini dapat dinikmati oleh semua pihak.Pokok perlu ditanam semula untuk menikmati hasilnya setidak- tidak selama 10 tahun.Kawasan tadahan hujan harus dilindungi agar kawasan rendah tidak dinaiki air atau banjir kilat berlaku.Masihkah rakyat Malaysia mengingati Tragedi di Kuala Dipang yang mengorbankan nyawa disebabkan pembalakan yang tidak terkawal berlaku dikawasan tinggi?. Kami seia dan sekata dengan YB Fuziah didalam isu - isu alam sekitar.Janganlah ia dijadikan isu politik kerana ianya melibatkan Generasi masa depan.Anak-anak kita yang bakal mewarisi dunia kita pada hari ini,janganlah anak-anak kita mewarisi dunia yang semakin kotor dan tercemar.Satu kajian EIA harus dibuat untuk semua projek-projek pembangunan yang melibatkan alam sekitar.(Pencemaran Air,udara,tanah tinggi,kawasan tadahan dsb)Janganlah pihak berkuasa bersekongkol dengan Lanun yang merompak hasil bumi ini sehingga tidak memikirkan generasi masa depan.

Bulat Air Kerana Pembentung

Apa kaitan dengan bulat nie....Apa yang penulis ingin suarakan disini ialah permuafakatan sesama jiran atau pun masyarakat yang harus dititikberatkan.Kami menerima aduan dari segenap lapisan masyarakat dan juga dari latar belakang yang berbeza.Ada juga ynag mempunyai pandangan politik yang berbeza........ pedulikan perbezaan pendapat jika terjadi permasalahan ia pasti melibatkan semua jika jalan yang berlubang ia pasti melibatkan semua tidak kira mereka dari perti mana.
Jika sesuatu aduan itu melibatkan kesejahteraan semua penduduk ianya lebih baik dilibatkan oleh semua penduduk.Contoh : Jika ada kacau ganggu disesuatu tempat seperti bunyi bising dari sesuatu premis janganlah pulak kita mengharapkan kami yang menyelesaikan bagai pihak pengadu lebih baik penduduk setempat bermuafakat sesama jiran untuk membuat memorandum dan secara kolektif menghantar aduan dan bantahan kepada pihak-pihak yang berwajib.Apabila sesuatu pihak melihat ianya secara kolektif maka sesuatu aduan itu akan dipandang serius kerana ianya melibatkan kesejahteraan semua pihak.

Thursday, November 12, 2009

Lagi kisah Aduan

Lagi kisah aduan tetapi kali ini berkaitan dengan isu belian runcit petrol di stesyen minyak.Kami menerima aduan dari seorang pemanggil lewat telepon sahaja almaklumlah talian mesra rakyat(019 260 2838).Memang sudah diketahui umum bahawa Minyak petrol yang dibeli adalah bersubsidi.Subsidi yang diberikan oleh kerajaan agar pengguna dapat membeli petrol dengan harga sekarang RON 97 RM2.05 dan RON 95 RM1.85/liter dan untuk mengelakkan penyelewengan berlaku maka satu akta diwujudkan iaitu mana -mana pembeli dan penjual yang terlibat didalam menjual kepada orang yang tidak berkenaaan bagi maksud kegunaan industri boleh didenda sebanyak RM10,000. Wow banyak tu!Maka dengan penguatkuasaan yang tegas dari penguatkuasa KPDN HEP maka takutlah si penjual untuk menjual petrol didalam tong lagi.

Kami telah berhubung dengan Pegawai KPDN HEP untuk mengesahkan perihal hal ini.Ya memang wujud akta tersebut tetapi orang awam boleh mentafsir atau mengguna budi bicara. Kepada pembeli yang ingin membeli sedikit petrol bagi kegunaan sendiri seperti peniaga pasar malam yang ingin menghidupkan gen setnya atau kepada pekebun sayur yang ingin mengisi minyak mesin rumput bolehlah membeli sekadar keperluan tidak perlu ada surat kebenaran dari KPDN HEP.Kepada penjual gunakan budibicara jika pembeli datang dengan Toyata Hi Lux bersama tong minyak besar sah mereka ingin membeli untuk kegunaan industri samada menghidupkan gen set yang besar atau mesin-mesin yang lain.Jika yang datang hanya membawa tong minyak enjin kapasiti 5l sah untuk keguanaan sendiri atau kereta habis minyak.Maka pikirlah dan renungkan.

Wednesday, November 11, 2009

Pengumuman

Kepada semua warga Kuantan yang membaca blog ini tidak kira diParlimen mana,Pusat Renang awam yang terdapat hanya satunya di Indera Mahkota (SUKPA) akan kembali beroperasi semula setelah ditutup hampir 2 tahun.Isu ini nampak remeh tetapi ia milik awam dan memakan jutaan ringgit wang awam untuk membinanya.Ianya di serah kepada MPK sebagai pengendalinya,namun apabila ianya rosak kolam renang ini diserahkan kembali kepada JKR untuk penyelenggaraan dan pembaikan.Perkara ini sudah dibawa ke Parlimen kerana ianya mengambil masa yang terlalu lama dan Warga Kuantan tiada tempat lain atau pilihan lain untuk berenang.Kami juga menerima banyak aduan dari orang awam mengenai kelewatan ini ,banyak aduan dihantar ke MPK dan pihak MPK telah mengemukakan kepada JKR permasalahan ini ialah kerana JKR tiada peruntukan dari Persekutuaan.Jadi tunggu sahaj hari Jumaat ini apabila ianya akan diserah kembali kepada MPK untuk kegunaan awam.

Friday, November 6, 2009

Sikap Yb Ahli Parlimen Kuantan dipuji

Syabas YB teruskan usaha gigih YB memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua warga Kuantan.SYABAS dan Tahniah!

Masalah Medan Pelancong


Mana janji YAB Dato Seri Adnan Yaakob yang berjanji akan menyelesaikan masalah peniaga Medan Pelancong.Masalah ini pernah kami utarakan satu masa dahulu.Perkara pokoknya bukan kami menolak pembangunan begitu juga peniaga mereka bukan degil tidak ingin berpindah tetapi mana tapak perniagaan sementara yang dijanjikan dan mengapa terlalu sedikit pampasan yang mereka terima walhal sudah berpuluh tahun mereka berniaga di Medan Pelancong.

Wednesday, November 4, 2009

Isu pengangkutan awam dan kini Pemandu Teksi




Memang diketahui umum bahawa di bandar Kuantan ini memang berlaku masalah tiada perkhidmatan Bas Bandar dengan alasan tiada pengusaha atau pengusaha tidak untung menjalankan perkhidmatan bas bandar."Public transport" memang penting kepada semua orang terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.Tidak semua mampu untuk memiliki sendiri kereta atau motosikal.Sekarang di bandar Kuantan rata-rata orang awam bergantug kepada perkhidmatan kereta sewa untuk bergerak kesana-kemari.Baru-baru ini berlaku satu isu yang melibatkan pemandu-pemandu kereta sewa di Pokok Buluh didepan Masjid Negeri yang dihalang oleh Majlis Perbandaran Kuantan untuk beroperasi disitu.Permasalahannya mereka sudah beroperasi semejak 20 tahun lamanya disitu.Kemana mereka akan lari?Ini juga akan mendatangkan masalah kepada pengguna yang biasanya akan mendapatkan kereta sewa disitu yang lebih "convenience" disebabkan lokasinya yang strategik.

Isu Nelayan Lagi


Posting kali ini memang banyak menyentuh mengenai Nelayan kerana Pusat Khidmat menerima banyak aduan mengenai Nelayan terutama mengenai kebajikan Nelayan.

1.Kemiskinan : Banyak nelayan dikaitkan dengan kemiskinan.Banyak kes kebajikan yang diterima oleh Pusat Khidmat mebabitkan golongan ini.

2.Isu rumah nelayan : diberikan semenjak 1985 Kerjaan negeri Pahang ingin mewujudkan Perkampungan nelayan @ perumahan Nelayan yang terbesar didunia di Bunut Rendang bersebelahan perumahan Inderapura agar Nelayan yang rata-rata berpendapatan rendah dapat tinggal diperumahan yang selesa dan murah sehingga sekarang janji tinggal janji.Sudah bergenerasi Nelayan menunggu akan janji ini sehingga ada yang sudah pun dijemput ilahi.Sila baca mengenai isu nelayan didalam perbahasan Dewan Rakyat yang dibawa oleh MP Kuantan dari isu minyak diesal,ais,perumahan,kad nelayan,elaun dan juga kebajikan nelayan.

Bahas MP Kuantan mengenai isu semasa

Bismillah arRahman arRahim

Tuan Yang Di Pertua

Terima Kasih kerana mengizinkan saya turut serta didalam perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan tahun 2010 diperingkat dasar dengan membawa perbahasan didalam beberapa aspek berikut:

1. Strategi Baget dan Pelaksanaannya

Strategi Baget 2010 bertumpu kepada 3 perkara iaitu

i. Memacu Negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi

ii. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan

iii. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Adalah diharapkan Strategi ini sungguh-sungguh mencerminkan bahawa pihak Kerajaan mahu mendengar rintihan rakyat terbanyak. Strategi ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan BN turut mendengar saranan-saranan

membina dari pihak Pakatan Rakyat sebelum ini.

Strategi yang nampak komprehensif diatas kertas, mestilah diterjemah dengan baik pula oleh pihak pelaksana. Tidak semestinya apabila satu-satu strategi nampak cantik dan komprehensif ianya akan dapat dilaksanakan dengan cantik dan baik juga. Harapan saya semoga semua pihak yang terlibat didalam pelaksanaan dapat memahami strategi ini dengan baik serta juga dapat membina budaya kerja efektif, dan cemerlang serta kerangka pemikiran positif untuk sama-sama menjayakan strategi diatas.

2. NKRA

Pemilihan 6 bidang keberhasilan Utama Negara- NKRA merupakan bidang-bidang yang memang seharusnya di berikan tumpuan. Seperti yang di nyatakan oleh YB Menteri KPI dalam dewan yang mulia ini pada 2nov 2009, bahawa pemilihan NKRA ini ialah setelah mengambil kira maklum balas dari pelbagai sudut dan pelbagai agensi termasuk maklumbalas dari kajian persepsi orang awam, pihak media, Merdeka Center, competitiveness index, dan laporan transparency international.

Saya turut meneliti pengukur prestasi, agenda bertindak, serta sasaran yang telah ditetapkan buat keenam-enam bidang ini akan tetapi saya masih belum yakin dengan kesungguhan pihak Kerajaan didalam pelaksanaannya. Kenapa saya berkata demikian ialah kerana pihak Kementerian terbabit tidak cukup telus didalam berkongsi KPI mereka. Mengapa berlaku demikian? Adakah kerana pihak Kementerian takut untuk diukur prestasi mereka kelak?

3. KRA & KPI

Tuan Yang DiPertua

Formulasi bidang keberhasilan utama KRA bagi satu-satu skop kerja adalah berasaskan atau berpandukan kepada satu-satu strategi. Dari strategi, akan di kanalpasti KRA, kemudian KPI – begitulah proses fomulasinya Tuan Yang diPertua.

Maka sekiranya strategi baget ialah pembangunan holistic dan mapan, dimana initiative yang diambil dalam pelaksanaan strategi tersebut antaranya ialah teknologi hijau dan pemeliharaan alam sekitar. Maka KRA seharusnya ialah bidang keberhasilan utama didalam initiative tersebut. Memberi incentive kepada bangunan yang mencapai taraf GBI (Green Building Index) merupakan satu usaha yang dialu-alukan. Akan tetapi bagaimana pula dengan usaha mengurangkan pengeluaran carbon ‘carbon emission reduction’ dari kenderaan-kenderaan? Bagaimana pula usaha pengurangan ‘Greenhouse Gas Emmission’ Apakah pula initiative Kerajaan dalam aspek ini?

YAB PM berkata dalam ucapannya bahawa Kerajaan akan memberi keutamaan kepada barangan dan perkhidmatan yang mesra alam sekitar dan mematuhi standard produk teknologi hijau dalam perolehan Kerajaan.

Saya amat-amat alukan kenyataan ini, akan tetapi saya juga ingin lihat komitmen dalam menentukan sasaran dan KPI Kementerian.

Di New South Wales, Australia, satu negeri yang meletakkan Pemeliharaan Alam Sekitar sebagai sabahagian dari ‘state plan’ nya telah pun mensyaratkan kereta-kereta Menteri mereka dan bas-bas awam supaya menuruti kiraan pengeluaran carbon dibawah tahap tertentu. Apa pula komitmen Kerajaan kepada ayat PM diatas? Bagaimana dengan kereta Menteri kita dan pengangkutan Awam kita?

Saya menyarankan pihak Kerajaan bersungguh-sungguh menghapuskan kegunaan polisterine disamping membuat satu perancangan tersusun dalam mengurangkan kegunaan bag plastic di supermarket. Masukkan initiative ini kedalam KPI Kementerian. Kemudian kuatkuasakan, didik orang ramai, banyakkan program advocacy, Barulah sungguh-sungguh dan komited namanya.

Bagaimana pula dengan Kyoto Protokol yang akan berakhir pada tahun 2012? Sejak persetujuannya pada tahun 1997 Malaysia tidak langsung menyebut komitmen untuk mematuhinya. Seluruh dunia sudah bercakap tentang ‘going green’ - orang tua, orang dewasa, malah kanak-kanak dimerata pelusuk dunia sudah ada kesedaran tentang ‘going green’ sedangkan Malaysia hanya baru bercakap tentang GBI. Ini tidak mencukupi Tuan yang di Pertua. Saya tegaskan ianya tidak merupakan usaha yang sungguh-sungguh.

Tuan Yang Di Pertua,

Saya amat-amat ambil berat dan prihatin tentang kualiti bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Sebab itu lah saya sentiasa menyoal berkenaan pembinaan kilang LYNAS yang akan memproses lanthanide atau ‘rare earth’ di Gebeng Kuantan, dimana sisa buangan nya nanti mengandungi sisa radioaktif. Setakat ini semua pihak masih belum boleh meyakinkan saya berkenaan perihal selamatnya penyimpanan sisa buangan bahan radioaktif ini. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, sekiranya kita tidak boleh yakin dengan keselamatannya, mengapa kita tidak suruh sahaja pihak Lynas membawa sisa pemerosesan rare earth balik ke Australia? Mengapa tidak? Mengapa kita harus simpan sisa buangan radioaktif di perut bumi kita? Sedangkan kita semua tahu bahawa radioaktif ini jangka hayat ‘half life’ nya ratusan tahun dan akan masih kekal di perut bumi Kuantan, buat satu jangka masa yang begitu lama selepas Lynas menutup kilang nanti. Ketika itu, siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran ditempat penyimpanan sisa buangan radioaktif ini?

Tuan Yang di Pertua,

4. KPI PENGANGKUTAN AWAM

Kerajaan telah meletakkan pengangkutan awam Bandar sebagai salah satu NKRA untuk memudahkan mobiliti rakyat bagi menjalankan aktiviti harian. Langkah Kerajaan dalam usaha ini dialu-alukan.

Saya ingin menyarankan beberapa perkara dibawah

1. SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya dijadualkan bermula operasinya pada 2010, maka tidak cukup dengan PM meminta mempercepatkan penubuhannya. Saya nak dengar YAB Perdana Menteri meletakkan sasaran tarikh penubuhan SPAD dan juga sasaran tarikh mula operasi sebagai salah satu KPI. Beroperasi mula tahun 2010 tidak cukup specific sebagai sasaran.

2. Peruntukan Kewangan mestilah melihat kepada pengangkutan awam Bandar di seluruh Negara, dan bukan sahaja bertumpu kepada ibu negara. Di Kuantan kawasan saya sudah tiada perkhidmatan bas Bandar selama hampir dua tahun. Baru-baru ini Kerajaan mengumumkan peruntukan RM79 Juta untuk pembinaan terminal pengangkutan bersepadu di Kuantan. Akan tetapi kalau bas Bandar pun tak ada, saya tidak Nampak rasional membina terminal bas bersepadu.

Tuan yang di Pertua.

Yang lebih memerlukan pengangkutan awam ialah pesara, ibu-ibu tunggal, orang miskin, nelayan. Dah lah di Kuantan tu tiada teksi bermeter, sekarang ini, teksi bandar disatu hentian pun di sekat kerja mereka. Bagaimana prioriti yang di tetapkan oleh pihak Kerajaan. Saya pohonlah bagi pihak rakyat Kuantan, bagi memenuhi keperluan rakyat biasa untuk lebih prihatin tentang perihal bas bandar ini.

5. KPI KEMENTERIAN WANITA

Kementerian Pembangunan Wanita - saya kira sudah tentu meletakkan sasaran 30 % penglibatan wanita didalam semua peringkat membuat keputusan sebagai KPI utamanya.

Walaupun saya tahu bahawa draft pelaksanaan strategi penyertaan 30% wanita sudah pun disiapkan oleh pakar runding UNDP, namun pihak Kementerian Wanita masih berahsia, masih tidak bersikap terbuka, masih tidak mengajak Ahli-Ahli Dewan Rakyat dari kalangan wanita memberi pandangan dan maklum balas. Malah strategi menambah penyertaan Ahli Dewan Rakyat wanita yang kini hanya di peringkat 10.8%. yang jauh kebawah berbanding dengan Parlimen-Parlimen lain di dunia, pun tidak pernah dibawa berbincang dengan kaukus wanita. Kementerian Wanita seolah-olah duduk didalam kepompongnya sendiri tanpa mengiktiraf pandangan pihak lain.

6. Memerangi Rasuah

Langkah memastikan Negara berada dikedudukan yang lebih baik dalam Indexs Persepsi Rasuah Antarabangsa adalah satu langkah yang dipuji. Saya berpendirian bahawa komitmen memerangi rasuah mestilah dibuat secara sungguh-sungguh dan penggubalan Whistle Blower Act merupakan satu perkara yang dinanti-nantikan.

Bila ianya akan di bentang di Dewan Rakyat mesti dinyatakan dan diletakkan sasaran sebagai KPI Kementerian. Sementara akta itu diluluskan, saya menyarankan supaya pihak Kementerian menyediakan satu prasarana yang kondusif serta praktikal bagi memudahkan pemberi maklumat tampil kehadapan. Supaya ada prosedur serta garispanduan yang membolehkan pemberi maklumat yang ikhlas untuk menampilkan diri secara selamat. Satu budaya berteraskan integriti juga perlu di pupuk dan apabila dikembarkan dengan prosedur yang jelas tentu sekali kita mampu memulihkan imej Negara dari rasuah.

Saya juga menyarankan supaya pihak SPRM dan Kerajaan tidak merendahkan imej mereka di mata masyarakat dan dimata dunia dengan mengambil tulisan-tulisan dari blog sebagai bahan asas untuk bertindak, menyiasat dan menangkap seseorang.

Dimasa yang sama, laporan-laporan Polis terhadap salah guna kuasa dan rasuah tidak diambil tindakan dan disiasat. Bukankah ada disparity disini?

Pada 3 Nov 2009 SPRM menghadapkan ke Mahkamah 5 orang atas tuduhan salah guna peruntukan kewangan termasuk dari golongan PR dan BN. Sekiranya ini benar menunjukkan bahawa tiada pendakwaan terpilih, maka saya ingin bertanya kepada YB Menteri kenapa aduan dan laporan polis terhadap rasuah dan salahguna kuasa bekas MB Selangor tidak diambil tindakan dan disiasat? Akan tetapi aduan dalam blog di gunakan wewenangnya sebagai asas untuk menyiasat seorang pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan negeri.

Sekiranya kita serius mahu menangani persepsi berkenaan rasuah di Negara kita, maka persepsi rakyat dan persepsi dunia berkenaan pengurusan aduan dan laporan rasuah, serta prosedur soal siasat mesti dinilai semula dan mesti diperbaiki.

7. MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Saya mengalu-alukan rangkap dari ucapan YAB Perdana Menteri yang berbunyi .....“Saya sentiasa mahukan pentadbiran Kerajaan ini prihatin terhadap keluh kesah dan rintihan golongan seperti petani dan nelayan....” YAB Perdana Menteri juga berkata “Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki. Jadinya, untuk membela untung nasib golongan ini, sukacita diumumkan disini bahawa Kerajaan akan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah hampir 2 billion ringgit”

Tuan Yang DiPertua,

Kuantan merupakan diantara pengkalan perikanan terbesar dalam Negara dan bagi pihak para nelayan di Kuantan khususnya, saya mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan YAB Perdana Menteri.

Maka justeru itu, saya menyeru pihak LKIM yang ditubuhkan sebagai Agensi pelaksana kepada hasrat membantu nelayan ini di mana objektif LKIM ialah:

  1. Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.
  2. Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.

Tuan Yang Di Pertua

Saya amat-amat berharap supaya LKIM dapat memberikan khidmat yang terbaik dan professional dalam menyahut cabaran YAB PM

Malah Komitmen PM telah di perkukuhkan lagi oleh ucapan Dato Ketua Pengarah LKIM dalam laman web rasmi LKIM yang berkata:

“Satu realiti yang kita tidak dapat nafikan adalah bahawa perlunya masyarakat nelayan kita dibantu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka “ (Dato Mustafa Bin Hj Ahmad)

Namun demikian sering kita dapati ucapan sebegini menjadi retorik yang tidak dapat di hayati oleh pemegang-pemegang amanah yang menjawat jawatan di peringkat akar umbi.

Tuan Yang Di Pertua,

Baru-baru ini saya menerima aduan dari pihak nelayan di Kuantan. Sebelum ini aduan demi aduan berkenaan dgn subsidi diesel dan perkhidmatan LKIM sudah pun saya bahaskan diDewan yang mulia ini. Akan tetapi aduan yang baru-baru ini menjurus kepada harga air batu yang melambung terlalu tinggi. Harga biasa satu block ialah RM13. Akan tetapi pada 17 & 18 Okt 2009 sewaktu hasil tangkapan ikan meningkat. Harga air batu telah melambung kepada rm 20 dan rm19 pada dua hari berturut2. Ini disebabkan kilang pembekal tidak dapat menampung keperluan air batu yang di perlukan, maka mereka terpaksa membeli diluar, sampai keKuala Selangor dan ke Tok Bali yang menyebabkan kos pengangkutan melambung dan akhirnya nelayan sebagai pengguna terpaksa menangggung kos tersebut.

Tuan Yang di Pertua,

NEKMAT merupakan pemborong air batu, PN Kuantan pula merupakan peruncit. LKIM pula seperti yang kita semua ketahui merupakan agensi yang seharusnya membantu mereka, malah gaji Pengurus PNK di bayar oleh LKIM. Didalam usaha saya mencari jalan penyelesaian berkenaan hal harga air batu tadi dan juga sebagai langkah proaktif supaya permasalahan ini tidak timbul lagi di masa-masa hadapan, saya telah mengambil inisiatif mengajak pihak NEKMAT, Pihak PN dan juga pihak LKIM untuk berunding secara konstruktif dan membina.

Namun Pertemuan pada 31 okt yang telah di atur dan di persetujui satu minggu sebelumnya, di halang oleh Pengarah LKIM sendiri , dimana arahan beliau ialah supaya Pengurus PN Kuantan tidak dibenarkan hadir didalam pertemuan tersebut. Malah alasan yang diberikan beliau kepada pegawai saya disaat-saat akhir tidak munasabah sekali iaitu pertemuan tersebut diadakan pada hari sabtu, hari orang tak bekerja., sedangkan semua pihak terlibat telah pun bersetuju dengan tarikh tersebut sebelum itu

NEKMAT telah beri kerjasama. PNK juga beri kerjasama. Akan tetapi LKIM? Semata-mata kerana mereka yang menjadi pembayar gaji, maka mereka boleh buat sesuka hati , Pengarah pula boleh beri arahan supaya pengurus PN jangan hadir ke pertemuan tersebut. Tuan Yang di Pertua, begitu ke? Saya ingin bertanya kepada YB Menteri kerana Menteri selalu berkata bahawa beliau bersifat terbuka dan saya pohon pihak YB Menteri menjawab dan memberikan sedikit bimbingan kepada pengarah@ yang tidak mesra nelayan ni. Serta jangan pula nanti di kenakan tindakan keatas pengurus yang mahu beri kerjasama.

Buat makluman jalan penyelesaian kepada permasalahan nelayan telah pun kita capai tanpa kehadiran wakil LKIM.

Tuan Yang Di Pertua,

Dimanakah sifat profesionalisma LKIM di sini? Dimanakah rangka pemikiran perkhidmatan profesional LKIM dalam membantu nelayan menyelesaikan permasalahan nelayan? Sekiranya seorang pengarah LKIM tidak boleh beri kerjasama kepada seorang Ahli Parlimen yang ikhlas memperjuangkan nasib nelayan, bagaimana mungkin institusi ini dapat benar-benar mencapai hasrat membantu nelayan.

Lain pula didalam hal projek perumahan nelayan Bunut Rendang yang di wartakan pada satu ketika sebagai projek perumahan terbesar untuk nelayan. Pada mulanya projek ini di bawah kendalian LKIM. Kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Kini lebih 10 tahun sudah berlalu dan projek ini masih terbengkalai. Saya cadangkan pihak Kerajaan ambil semula projek ini sebagai projek terbengkalai untuk diselesaikan dengan segera.

Baget 2010 juga menyebut berkenaan elaun sara hidup nelayan dan insentif mendapat peruntukan 170 juta ringgit. YAB PM juga berkata ini bukti bahawa Kerajaan bukan sekadar membuat omongan dan janji-janji kosong. Dalam hal ini saya ini ingin bertanya kepada YAB PM, bagaimanakah ada dikalangan yang bukan nelayan, yang memiliki bot, tapi pergi memancing suka-suka sebagai hobi pun boleh mendapat kad nelayan yang membolehkan seseorang itu mendapat elaun sara hidup nelayan?

Inikah yang dimaksudkan PM apabila beliau berkata Kerajaan sedang mengota apa yang dijanjikan, juga menjuarai kebajikan serta periuk nasi rakyat?

Malang sungguh nasib nelayan dan saya ingin mengatakan begini kepada YAB PM. Lupakan lah hasrat PM untuk membina 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian di-utamakan, kerana PM hanya akan bermimpi disiang hari. Nelayan akan terus berjerih, melawan badai, menyabung nyawa, kerana selagi pihak Kerajaan BN tidak sungguh-sungguh dalam memantau pelaksanaan segala apa yang dikatakan, serta tidak sungguh-sungguh merubah budaya kerja keadaan ini akan terus berkekalan.

Tuan Yang di Pertua

8. PENAMBAHBAIKAN PARLIMEN

(PARLIAMENTARY REFORMS)

Parlimen merupakan institusi yang bebas dan didewan yang mulia inilah diluluskan undang-undang yang menentukan pentadbiran Negara. Saya juga sentiasa hormat kepada nasihat Tan Sri Yang di Pertua yang menyarankan supaya kita berusaha menjadi Parlimen bertaraf dunia.

Saya ingin bertanya samada perkara-perkara berikut akan di lakukan dalam menyahut cabaran Parlimen bertaraf dunia ini.

1. Jadikan Parlimen satu badan yang benar-benar bebas dari kuasa eksekutif. Tidak perlu ada Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen.

2. Pentadbiran Parlimen harus diletakkan dibawah satu jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab hanya kepada Speaker dan Parlimen. Di Parlimen lain didunia pihak legislatif memang bebas dan terpisah dari campurtangan eksekutif. Mampukah kita membebaskan diri kita dari campurtangan eksekutif ini?

3. Peruntukan baget perlu di buat untuk membiaya seorang ahli penyelidik yang merupakan staf peribadi kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membantu Ahli-Ahli Dewan membuat penyelidikan yang lebih rapi dan mantap. DI Indonesia Ahli Parlimen dapat dua staf peribadi yang dibayar gaji oleh Parlimen. Mengapa kita tidak melihat kearah itu.

4. Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas tetap merangkumi pelbagai kepentingan awam mesti di tubuhkan dan dianggotai oleh Ahli Parlimen kedua belah pihak PR dan BN

5. Draf rang undang-undang tidak seharusnya di gubal oleh pejabat Peguam Negara. Ianya harus digubal oleh badan bebas dibawah penyeliaan JK Khas tetap, dan kemudian mengambil kira pula pandangan semua stake holder dalam masyarakat.

Sekiranya Penambahbaikan Parlimen dalam aspek ini dapat di laksanakan, barulah boleh kita mengatakan bahawa kita Parlimen bertaraf dunia . Saya berharap kita sungguh-sungguh meletakkan kayu ukur yang bertaraf dunia demi menaikkan taraf Parlimen kita ketaraf world class. Semoga dengan usaha yang sungguh-sungguh, keihklasan semua pihak, sikap profesionalisma, kerjasama yang melangkau batas-batas politik, barulah memungkinkan kita untuk sampai ketahap cemerlang mengisi hasrat yang di utarakan dalam masa kehadapan.

Tuan Yang Di Pertua, Sekian Perbahasan saya, diatas Baget 2010 bertajuk 1Malaysia, Kemakmuran Bersama. Terima Kasih

Isu semasa Isu Nelayan


Pada 18 November yang baru ini YB Fuziah Saleh MP Kuantan telah pergi bersama-sama Pusat Khidmat untuk mendengar masalah yang dibangkitkan oleh Nelayan Kuantan berkaitan dengan masalah kekurangan air batu yang rupanya berlanjutan semenjak sekian lama.Ais amat diperlukan oleh nelayan sewaktu keluar menangkap ikan.Kekurangan ini amat ketara semasa ini kerana Nelayan mendapat lebihan hasil tangkapan.Kenaikan harga adalah amat jelas sekali kerana harga satu blok ais pada harga biasa ialah RM13 dan mendadak naik ke RM20 satu blok apabila ini berlaku Nelayan tiada pilihan untuk juga menaikan harga bekalan ikan.

Selain dari disebabkan oleh berlakunya lebihan tangkapan baru-baru ini harga ais melambung disebabkan juga kerana terdapat hanya satu kilang ais yang beroperasi dan Nekmat juga terpaksa mendapatkan bekalan ais dari pengeluar luar sehingga terpaksa mendapatkan bekalan dari Kuala Selangor bagi memenuhi permintaan.Terpanggil bagi menangani masalah ini yang pastinya akan juga membebankan pengguna ahli Parlimen Kuantan telah turun padang bagi menyelesaikan masalah ini.Kesempatan ini juga diambil oleh YB Fuziah mendengar lain-lain masalah berbangkit mengenai nelayan Kuantan.Satu majlis dialog juga dirancangkan untuk bersama-sam Persatuan Nelayan Kuantan,Persatuan Nelayan Kebangsaan dan juga LKIM sebagai satu agensi kerajaan yang dilantik untuk memperjuangkan nasib para nelayan.

Gotong Royong