Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Thursday, November 12, 2009

Lagi kisah Aduan

Lagi kisah aduan tetapi kali ini berkaitan dengan isu belian runcit petrol di stesyen minyak.Kami menerima aduan dari seorang pemanggil lewat telepon sahaja almaklumlah talian mesra rakyat(019 260 2838).Memang sudah diketahui umum bahawa Minyak petrol yang dibeli adalah bersubsidi.Subsidi yang diberikan oleh kerajaan agar pengguna dapat membeli petrol dengan harga sekarang RON 97 RM2.05 dan RON 95 RM1.85/liter dan untuk mengelakkan penyelewengan berlaku maka satu akta diwujudkan iaitu mana -mana pembeli dan penjual yang terlibat didalam menjual kepada orang yang tidak berkenaaan bagi maksud kegunaan industri boleh didenda sebanyak RM10,000. Wow banyak tu!Maka dengan penguatkuasaan yang tegas dari penguatkuasa KPDN HEP maka takutlah si penjual untuk menjual petrol didalam tong lagi.

Kami telah berhubung dengan Pegawai KPDN HEP untuk mengesahkan perihal hal ini.Ya memang wujud akta tersebut tetapi orang awam boleh mentafsir atau mengguna budi bicara. Kepada pembeli yang ingin membeli sedikit petrol bagi kegunaan sendiri seperti peniaga pasar malam yang ingin menghidupkan gen setnya atau kepada pekebun sayur yang ingin mengisi minyak mesin rumput bolehlah membeli sekadar keperluan tidak perlu ada surat kebenaran dari KPDN HEP.Kepada penjual gunakan budibicara jika pembeli datang dengan Toyata Hi Lux bersama tong minyak besar sah mereka ingin membeli untuk kegunaan industri samada menghidupkan gen set yang besar atau mesin-mesin yang lain.Jika yang datang hanya membawa tong minyak enjin kapasiti 5l sah untuk keguanaan sendiri atau kereta habis minyak.Maka pikirlah dan renungkan.

2 comments:

  1. Terima kasih atas respon kepada aduan saya.Saya dah smash seorang yang tak dapat beli petrol dengan tong.Salah pilih kerajaan yg menterinya tak peka bila buat peraturan

    ReplyDelete
  2. Kepada pengadu nak tunggu respon dari pegawai KPDNHEP yang dibayar gaji dan berbagai elaun ambil masa lebih seminggu untuk jawap melalui surat tetapi kami main terjah untuk dapatkan jawapan dlam masa sehari.FIY Pegawai kami tiada elaun dan gaji?

    ReplyDelete