Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:
Showing posts with label pusatkhidmat. Show all posts
Showing posts with label pusatkhidmat. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Banjir kilat

kelihatan kontraktor sedang membersihkan longkang tanah

Gambar jauh kawasan paya

Close up papan tanda projek

Papan tanda projek

Mr Sim Pegawai Khas kami melihat perangkap sampah yang disiapkan.

Mengatasi masalah banjir kilat di Taman Bukit Setongkol Jaya 40.Jika ikut kan kawasan ini bukan terletak dibawah Parlimen Kuantan tetapi disebabkan kawasan ini bersebelahan di Kg Jawa maka kami cuba selesaikan juga.

Kami menerima aduan pada 25 Julai 2009 melalui wakil penduduk yang menyatakan tidak dapat bertahan lagi melawan banjir kilat setiap kali hujan lebat,Pegawai Pusat Khidmat kami telah memberi nasihat agar pihak yang terlibat untuk membuat sepucuk surat kepada YDP MPK dan di cc kepada Ahli Parlimen Kuantan.Satu lawatan telah dibuat oleh YB Fuziah bersama Pegawai Pusat Khidmat & Pegawai Khas beliau pada bulan Julai untuk meninjau sendiri kawasan tersebut.Kami mendapati kawasan ini terletak di lembah dan paya.(Di kaki bukit jirat Cina Bukit Setongkol)Masalah paling besar ialah tiada sistem peparitan yang sempurna kerana kawasan paya ini terletak dibawah milik orang persendirian.Longkang tanah tidak diselenggara dengan sempurna dan tersumbat.Dalam perbincangan diantara YB Fuziah,PeagwaiPusat Khidmat bersama YDP MPK segala masalah telah dirungkai.(tiada budget,bukan bawah kuasa MPK dsbnya)tetapi YB Fuziah menegaskan bahawa masalah ini telah terlalu lama berpanjangan semenjak 2 YB yang terdahulu.Maka pada hari ini wakil penduduk menghubungi kami bahawa masalah ini telah berjaya diselesaikan sedikit sebanyak melalui projek penyelenggaraan longkang tanah oleh JPM,JPS,MPK,KLB.

Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.Moga penduduk dikawasan sekitar dapat tidur lena setiap kali hujan lebat!



Sunday, October 18, 2009

Perlancaran Blog

Hari ini 19hb Oktober maka bermulalah blog ini secara rasmi.Sebelum ini Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan tidak mempunyai blog sendiri.Sebarang aktiviti di Parlimen Kuantan dibuat di dalam blog Ahli Parlimen Kuantan YB Puan Hajjah Fuziah Salleh(http://fuziahsalleh2.wordpress.com).Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan ini dijenamakan semula dari Pusat Khidmat KeADILan Kuantan yang wujud sejak sebelum PRU ke 12 dahulu.Sebabnya kami akan menjenamakan semula kerana Pusat Khidmat ini diguna pakai oleh semua orang tidak kira ahli Keadilan,PAS,DAP hatta bebas mahupun UMNO sekali pun.

Kepada pembaca blog yang sudi silalah linkkan keblog anda semua,kerana kami inginkan supaya sebaran blog ini lebih meluas dan dapat memberi maklumat kepada semua massa apa itu Pusat Khidmat dan apakah yang dapat kami lakukan kepada anda semua.

Apa itu pusat khidmat?Kami sedia menangani masalah berkaitan Rakyat terutama didalam Parlimen Kuantan P083 ini.Ada masalah sosial,kebajikan,kaunseling,info aduan perbandaran dll.Kami sedia berkhidmat membantu menyelesaikan maslah wlaupuntidak semua dapat kami selesaikan tetapi dengan izin Allah mungkin sedikit sebanyak dapat kami selesaikan.