Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:
Showing posts with label fuziah salleh. Show all posts
Showing posts with label fuziah salleh. Show all posts

Monday, October 19, 2009

Jejak Fakir 2009







Alhamdullilah program kali ini lebih berjaya dari Jejak Fakir 2008 kerana kita dapat cover lebih banyak kampung lebih banyak penerima kerana kita mendapat lebih banyak sumbangan untuk diagihkan kepada penerima yang layak.Jika dulu dari segi monetery kita menerima sumbangan lebih kurang RM10000 tahun ini dengan perancangan yang lebih tersusun kita menerima sumbangan lebih dari RM20000 termasuk sumbangan beras dari rakan-rakan cina sebanyak 200 bag beras 10kg tiap satu bag.Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada penyumbang-penyumbang.Sebenarnya projek sumbangan ini sudah berjalan sejak 10 tahun yang lalu cuma tidak dijenamakan sebagai Jejak Fakir.

Disini kami serta jumlah penerima sumbangan mengikut kategori :

Anak yatim : 189 orang sumbangan duit raya sahaja
Ibu tunggal : 60 penerima sumbangan hamper dan duit raya
Keluarga susah : 54 orang penerima hamper dan duit raya
Warga Emas : 56 orang penerima duit raya dan hamper

Disamping ini kami juga berjaya mengedarkan sebanyak 511 bag beras 10 kg kepada penerima yang layak semasa program berlangsung dari 6 Sept sehingga 13 Sept.Kami memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan kg dan juga bandar muslim dan non muslim.Terima kasih kepada YB Fuziah, NGO,Ahli PKR,PAS penyokong dan juga Pusat Khidmat.

Ada banyak lagi gambar-gambar penerima sumbangan nanti kami uploadkan insyaallah.


Sunday, October 18, 2009

Perlancaran Blog

Hari ini 19hb Oktober maka bermulalah blog ini secara rasmi.Sebelum ini Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan tidak mempunyai blog sendiri.Sebarang aktiviti di Parlimen Kuantan dibuat di dalam blog Ahli Parlimen Kuantan YB Puan Hajjah Fuziah Salleh(http://fuziahsalleh2.wordpress.com).Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan ini dijenamakan semula dari Pusat Khidmat KeADILan Kuantan yang wujud sejak sebelum PRU ke 12 dahulu.Sebabnya kami akan menjenamakan semula kerana Pusat Khidmat ini diguna pakai oleh semua orang tidak kira ahli Keadilan,PAS,DAP hatta bebas mahupun UMNO sekali pun.

Kepada pembaca blog yang sudi silalah linkkan keblog anda semua,kerana kami inginkan supaya sebaran blog ini lebih meluas dan dapat memberi maklumat kepada semua massa apa itu Pusat Khidmat dan apakah yang dapat kami lakukan kepada anda semua.

Apa itu pusat khidmat?Kami sedia menangani masalah berkaitan Rakyat terutama didalam Parlimen Kuantan P083 ini.Ada masalah sosial,kebajikan,kaunseling,info aduan perbandaran dll.Kami sedia berkhidmat membantu menyelesaikan maslah wlaupuntidak semua dapat kami selesaikan tetapi dengan izin Allah mungkin sedikit sebanyak dapat kami selesaikan.