Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:

Friday, October 23, 2009

Jualan nasi dagang bagi mengisi tabung bencana di Padang



Esok 24 Oktober akan berlangsung satu upacara di Kedai Nasi Dagang Ubai iaitu Jualan Amal bagi mengisi Tabung Bencana Alam Padang.Kami akan kesana esok bagi menyatakan sokongan kami.Tahniah kepada En Rosli tokey Kedai Nasi Dagang Ubai.Upacara dari jam 7.30 pagi sehingga 4 petang.Semua dijemput hadir.Memang Nasi Dagang itam(nama glamour En Rosli) sangat sedap.Kami puji permufakatan penduduk Ubai untuk membantu mangsa di Padang walaupun rata-rata penduduk Ubai terdiri dari golongan yang kurang berada.En Rosli memang kami tahu suka membuat kebajikan kerana semasa kami menjalankan program Jejak Fakir pun kami buat di kedai Rosli malah kepada penerima yang tak dapat hadir kerana keuzuran En Rosli sudi untuk pergi mencari mereka dan menyampaikan kepada mereka.Kami difahamkan 10% hasil keuntungan jualan esok akan didermakan.Jadi apa tunggu lagi datanglah beramai-ramai.Makan sambil beramal.

Wednesday, October 21, 2009

Pengumuman

Kepada semua pembaca Blog ini kami akan cuba updatekan setiap masa jika tidak dapat real time pun tetapi berita terkini.YB MP Kuantan sekarang ini sedang berada di Dewan Parlimen sedang berdebat mengenai budget 2010 yang akan dibentangkan sehingga Khamis ini dan selepas DSAI akan membahas sebagai pembahas pertama.YB MP Kuantan agak sibuk minggu ini dan cuba untuk balik ke kawasan minggu ini jika tidak ada aral melintang.Beliau akan berada semula di Kuantan setiap Hari Juamaat hingga Ahad.Program akan diisi sepenuhnya kerana masa,tenaga dan kos-kos lain sangatlah berharga.Jadi jika ada sebarabg aduaan yang benar-benar urgent sila buat appointment dahulu atau pun datang kepejabat untuk dilihat aduan sama ada boleh diselesaikan oleh Pegawai Khas atau tidak.Jika kes itu rumit maka kami akan serahkan kepada YB untuk selesaikan.(sepeti kes rumah,tanah dsb.Diharap masing-masing dapat bersabar sedikit kerana kami menerima banyak aduan setiap hari dan dengan jumlah pegawai yang terhad kami akan cuba sedaya upaya menyelesaikan secepat mungkin.Sekian terima kasih.

Gotong royong rumah En Dupa 2



New entry ada gambar semasa gotong royong dan dengar ceritanya ikm akan cuba membantu juga.Allhamdullilah

Seharian bersama seorang Wakil Rakyat

Hari Jumaat 17 Oktober 2009

Malam lepas solat Isyak gerak bertemu penduduk di Bt 3.Ada majlis dialog bersama orang ramai.Ada Aduan orang ramai bahawa lama tak jumpa YB sebelum Pilihanraya sampai kini.Wakil YB dah sering jumpa.YB berjanji dengan penduduk akan selalu berhubung dengan penduduk bukan kerana tak turun kekawasn tetapi sebabnya wakil yang strong tiada untuk menjadi mata dan teliga.UMNOBN ada banyak kerana setiap Kg ada cawangan masing-masing,PR pula masalah tidak dapat pergi seluruh kerana tiada semua kawasan ada cawangan hanya dikawasan bandar sahaja.Jadi progrem YB tidak dapat deliver kepada semua.Parlimen Kuantan ada lebih 52000 pengundi berdaftar dan jika dinilai keseluruh daerah Kuantan ada 3 Parlimen yang duanya dikuasai oleh PR.Setiap ahli Parlimen ada dana 1juta setiap tahun walubagaimanpun bagi YB Pembangkang tiada peruntukan diberikan kepada beliau.Jadi secara betulnya segala projek dan program MP Kuantan dijalankan dengan dana sendiri samada dari duit kocek YB sendiri atau sumbangan orang ramai.

Majlis tamat jam 12 malam.YB juga berjanji akan cuba menyelesaikan masalah perparitan dan banjir kilay yang dihadapai pendudk Bt 3,Insyallah dan juga mendapatkan dana membeli kendeaan jenazah yang musnah selepas terbabit dengan kemalangan.

18 Oktober 2009 Hari Sabtu

Jam 8 pagi dah standby sebab pukul 9 pagi dah ada program untuk bertemu dengan penduduk Kg Baru Seri Teruntum buat Zioarah Sosial sekali bertemu dengan penduduk yang bermasalah................ aku akan sambung posting selepas ini.

Nasib Peniaga Medan Pelancong 2

Seperti yang kami tegaskan disini seperti kes Pusat Khidmat yg lain kami akan bekerjasama meyelesaikan masalah Rakyat bersama YB Fuziah, kami tidak sesekali menolak kepada pembangunan.Kami menyokong selari dengan prinsip YB Fuziah jika ia mendatangkan kebaikan kepada rakyat ia akan kita sokong.

Didalam permasalahan serupa ini sama ada perpindahan setinggan atau perpindahan tapak niaga mestilah golongan rakyat diberi pilihan.Satu tapak yang serupa atau diberi sedikit ganjaran/pampasan yang setimpal.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak yang perihatin dalam masalah ini seperti Dato Sri MB Pahang,PASDEC Corp,Pemuda UMNO dsb selepas kami menyuarakan masalah ini setahun yang lalu.Kami difahamkan bahawa YAB Dato' Sri Adnan sendiri memberi jaminan kepada peniaga bahawa mereka akan dipindahkan setelah tapak ganti diperolehi.Syabas Dato' atas keperihatinan Dato.

Tuesday, October 20, 2009

Nasib peniaga Medan Pelancong





Diatas ialah keratan akhbar mengenai nasib pekedai di Medan Pelancong ynag diarahkan berpindah oleh Pasdec Coporation sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Pahang yang terlibat dengan pembangunan hartanah.Syarikat ini akan memajukan sepanjang pesisir sungai kuantan kepada projek pelancongan yang terdiri dari hotel dan projek komersil yang lain.Kami di Pusat Khidmat ini telah menerima aduan semenjak awal lagi.Seperti kess-kes kami yang lain kami ingin menegaskan bahawa kami tidak menolak kepada pembangunan tetapi kami membantu warga Kuantan untuk mendapatkan hak mereka.

Lawatan ke rumah Kanak-kanak terencat akal




Selamat pagi semua, masih ada entry yang belum kami masuk semasa lawatan pada hari Ahad 18 Oktober sempena cuti Deepavali.Seawal jam 8 pagi kami di Pusat Khidmat megikut YB Fuziah melawat Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan.Rumah ini terletak bersebelahan dengan kuarters polis Alor Akar.Seingat kami rumah ini wujud semenjak berpuluh tahun dahulu dan semenjak 1997 rumah penjagaan ini diwujudkan.

Kami tabik kepada pekerja Pusat ini yang sanggup dan bersabar menjaga karenah anak-anak ini sedangkan ibu -bapa mereka sendiri tidak sanggup menjaga anak-anak istimewa ini.Ada yang sudah berbelas tahun bekerja disini.Penghuni disini terdiri dari semuda 13 tahun sehingga 54 tahun.

Sukar kami gambarkan bagaimana menjaga orang dewasa yang berfikiran seperti anak-anak,tetapi mereka tidak minta dilahirkan begini dan mereka pada kami seluhur bayi yang tiada dosa.Kami difahamkan oleh pengurus pusat ini En James Perumal bahawa terdapat 30 orang penghuni.Pusat ini mendapatkan sumber kewangan dari sumbangan orang ramai.Ada juga ibu bapa yang memberikan sumbangan tetapi tidak tetap.Mereka amat memerlukan sumbangan dari segi lampin pakai buang untuk dewasa lebih-lebih lagi musim hujan makin tiba.

Didalam hati kecil kami ini kami amat simpati dan sedih kerana didalam sessi lawatan kami kerumah-rumah kebajikan kebanyakannya adalah dijalankan oleh missionary dan bukan Islam.

Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan penyumbang bolehlah berjumpa terus dengan En James Perumal 016-9324146.Masih banyak lagi kita sebagai warga yang perihatin boleh membantu mereka.