Selamat Datang

Kami mengalu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk blog ini.Segala aduan juga boleh dibuat di blog ini.Sila sertakan data peribadi yang lengkap untuk segala aduan agar aduan dapat diselesaikan dengan berkesan.

Nama :
No My Kad:
Alamat:
No Tel:
Masalah/Aduan anda:
Showing posts with label YB Fuziah. Show all posts
Showing posts with label YB Fuziah. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Nasib peniaga Medan Pelancong





Diatas ialah keratan akhbar mengenai nasib pekedai di Medan Pelancong ynag diarahkan berpindah oleh Pasdec Coporation sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Pahang yang terlibat dengan pembangunan hartanah.Syarikat ini akan memajukan sepanjang pesisir sungai kuantan kepada projek pelancongan yang terdiri dari hotel dan projek komersil yang lain.Kami di Pusat Khidmat ini telah menerima aduan semenjak awal lagi.Seperti kess-kes kami yang lain kami ingin menegaskan bahawa kami tidak menolak kepada pembangunan tetapi kami membantu warga Kuantan untuk mendapatkan hak mereka.

Lawatan ke rumah Kanak-kanak terencat akal




Selamat pagi semua, masih ada entry yang belum kami masuk semasa lawatan pada hari Ahad 18 Oktober sempena cuti Deepavali.Seawal jam 8 pagi kami di Pusat Khidmat megikut YB Fuziah melawat Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan.Rumah ini terletak bersebelahan dengan kuarters polis Alor Akar.Seingat kami rumah ini wujud semenjak berpuluh tahun dahulu dan semenjak 1997 rumah penjagaan ini diwujudkan.

Kami tabik kepada pekerja Pusat ini yang sanggup dan bersabar menjaga karenah anak-anak ini sedangkan ibu -bapa mereka sendiri tidak sanggup menjaga anak-anak istimewa ini.Ada yang sudah berbelas tahun bekerja disini.Penghuni disini terdiri dari semuda 13 tahun sehingga 54 tahun.

Sukar kami gambarkan bagaimana menjaga orang dewasa yang berfikiran seperti anak-anak,tetapi mereka tidak minta dilahirkan begini dan mereka pada kami seluhur bayi yang tiada dosa.Kami difahamkan oleh pengurus pusat ini En James Perumal bahawa terdapat 30 orang penghuni.Pusat ini mendapatkan sumber kewangan dari sumbangan orang ramai.Ada juga ibu bapa yang memberikan sumbangan tetapi tidak tetap.Mereka amat memerlukan sumbangan dari segi lampin pakai buang untuk dewasa lebih-lebih lagi musim hujan makin tiba.

Didalam hati kecil kami ini kami amat simpati dan sedih kerana didalam sessi lawatan kami kerumah-rumah kebajikan kebanyakannya adalah dijalankan oleh missionary dan bukan Islam.

Sumbangan orang ramai amatlah dialu-alukan penyumbang bolehlah berjumpa terus dengan En James Perumal 016-9324146.Masih banyak lagi kita sebagai warga yang perihatin boleh membantu mereka.

Gotong royong rumah En Dupa





Pada minggu lepas kami telah mendapat panggilan dari Pegawai Khas kami En Zainurin(Pok Ja) mengenai satu keluarga anak yatim yang tinggal di rumah yang daif.Rumah ini hanya ada satu bilik sahaja dan tiada tandas.Bumbung rumah sangatlah daif berlubang.Maka kami telah bertindak atas aduan dan pergi melihat keadaan rupa Che Dupa bersama adik-adiknya.Memang sah rumahnya amat daif.Papan lantai reput,perabungnya juga reput dan tiada tandas.Che Dupa tinggal bersama isteri beliau yang juga anak yatim bersama 2 anak yang masih kecil.Adik beliau ada 4 orang yang masih sekolah.

Minggu ini sempena cuti Deepavali sepuluh orang pemuda Kampung Kempadang terdiri dari anggota PKR bersama Pok Ja telah bergotong royong menggantikan atap yang uzur.Sumbangan kayu dan Zink adalah dari sumbangan orang ramai dan Yb Fuziah sendiri dan YB juga telah turun merasmikan gotong royong ini.

Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seperti papan,pasir, simen dan bahan binaan yang lain untuk meneruskan projek membina tandas pula.